Saturday, 30 May 2009

BOLA ITU BULAT

jam 4.51 pm, fairuz mesej aku.
'nak tgk bola x mlm ni? kat putrajaya'
aku terus tanyer jam brape?
8.45pm.
bersiap jam 7.
aku pun jawab iyer jer..
tapi mcm biaser la..mesti start lambat punyer..aku siap pon dah jam 8 sebab duk layan gulong yang gedik nak ikut g tgk jugak.
duhh... gulong tgk bola ker? ntah... *gulong = seorang manusia
sampai sana jer, aku nampak pelakon Bio-Nik. huhu...rope2nyer, bola frenly match antara al-jabbar vs artis2 malaysia. hape dah..takpe la..layan jer la. Aku dah biase tengok bola yang kat TV jer, selain tuh, aku tengok bapa2 kat kampung aku main bola petang2. Kadang2 dorang buat perlawanan bola ibu2 vs bapa2. Anak2 jadi penonton. Dengan syarat, semua bapa2 wajib pakai skirt, gown or sarung yg mmg pompuan jer pakai. Hahaha... memang sangat lawak. Pakcik2 lari2+melompat2 sebab skirt yang dia pakai ketat sangat. Bile piki balik, untung sape dapat bini gemok. Skirt dia longgar sket. Senang nak lari. Ha3..tuh la game yang aku paling suke tengok slain kekalahan Mu. Keras perut aku gelak bila tengok pakcik2 kat kampung aku tu tergolek terlondeh sana sini coz skirt ketat. [dorang pakai suar track kt dalam].Tadi, masa tengok game, aku gelak jer memanjang tgk Johan Raja Lawak lari2 bawa bola pastu jatuh sendiri. Dah tuh siap terduduk atas bola. =D
ape dah.. artis pompuan plak banyak tunjuk ponggong jer.
 
 Main hampeh jer.. pas habes jer, aku g makan dulu jap baru balik rumah.
aku g makan daging paprik sebab aku dah start nampak bintang..
papepon, aku terhibur la jugak dengan game tadi walaupun sakit dada sesak nafas sebab terlalu ramai smokers yang hampeh macam taik.

Friday, 29 May 2009

panic

aku ade satu tabiat yang entah pape.
aku suka ingat suara semua orang bila aku berjauhan dengan dorang.
Especially family aku.
Aku suka ingat suara semua orang dalam family aku bila aku rindu dorang.
Hari ni..aku ingat suara dorang one by one..
semua aku ingat...kecuali suara ayah aku.
suara dia makin lama makin sayup dalam memori aku..
aku panik. seryesly panik. seryes shit. aku panik.
apa aku harus buat?? aku x boleh khilangan memori suara ayah aku.
aku tak sanggup..aku tak nak. seryes aku tak nak.
aku tak nak dan aku tak nak.
kenapa jadi macam ni???aduhh....panik3..
seryesly. aku hilang arah.
aku nak memori tentang suara dia.
masa aku dapat taw aku dah khilangan dia, aku tak sepanik nih..aku positif. ajal tetap akan datang cuma cepat atau lambat jer. tapi kalau aku hilang memori suara tuh, aku x boleh terima la. hmmm...
last week aku mimpi dia pegang tangan aku sambil jalan mcm kecik2 dulu.
hmm...apa aku harus buat??duhh....
aku xnak..xnak.xnak.xnak.xnak.xnak.xnak.xnak.xnak.
aku dah try tumpukan perhatian...tapi kuar sore abg aku jer.
sore dia dah x clear.. =(
cmner leh jd cmni.....

sometimes...[1]



after what had happen in my life..i thought that I've grown enough; mentally, physically..
But then...sometimes, i feel like I'm too frail for all of these sick things.
sometimes:
i ask myself what the fcuk real thing that really going on and what the fcukin lies?
whats the difference?
life is hard..ya.may be not you; but my life is hard.
but i believe that i am strong enough for all of this.
honestly..
its tiring me sometimes.
i feel helpless sometimes... [hmmm...]
for these 3 days, i had tears on my cheek..hoping tears could take away the pain.
and last night, i had a little but meaningful chat with my brother..eldest brother.
and had this deep conversation. i know he already bears much more than i can imagine.
i told him ' maybe this life is hard but it will be harder if we don't stick together'. And i told him to not to worry about us.. coz we care more on his health.
i wanted to say that he is the greatest brother in whole world [but i did not]..and wanted him to stand up still cause he is our 'head' [but I'm sure, he already knew that he is a leader of us]
Nowhere in this world i could find such a great brother like him.
I wanted to say ' if we fail, we fail as family'. but i refused to say that.
coz I'm sure we will survive no matter how hard.
be positive. trouble is a friend.


These three remains : faith, hope and love. But the greatest of these is love. 1 Corintihians 13:13





Thursday, 28 May 2009

kebenaran bererti...

MANCHESTER UNITED IS A LOSER!!!!!!!!!!!!!!!!!
hakikatnya, MU main lembab semput macam ferguson yang dah nyanyuk.
MESSI=UNSTOPABLE [ejaan betul atau tidak aku x kesah].

Tuesday, 26 May 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

Aku baru habis kelas kemahiran berfikir tadi.
Hari ni kene present pasal Edward de Bono.
Walaupun aku ambik sains, tapi aku akui ada kebaikan untuk kita belajar sesuatu yang lain daripada bidang kita. Contohnya, aku amik kemahiran berfikir aku dapt belajar macam mana nak jadi kreatif dan berfikir dengan cara yang betul. Kerana terpaksa, aku kena baca buku Tactics karya Edward de Bono. Edward de Bono ni pelopor pemikiran kreatif.. kire taiko la.. Oleh kerana aku terpaksa menulis pasal buku tuh, maka terpaksa la aku memahami buku tu terlebih dahulu sebelum mampu mengulas tentang buku ni. Apa yang aku dapat belajar, perempuan sememangnya 15 point lower in IQ kalau nak banding dengan lelaki. Tapi walaupun IQ rendah, tak semestinya kita tak mampu menjadi orang berjaya. IQ dinilai oleh Dr. Edward de Bono seperti satu kenderaan yang berkuasa tinggi. Yang menentukan hala tuju dan pencapaian kereta tersebut bukanlah kuasanya tetapi kemahiran pemandunya. Walaupun berkuasa tinggi tetapi pemandunya bukan pemandu yang baik, pencapaian tetap tidak memberangsangkan. Kete ferrari aku kalau aku yang bawak, ke semak jugak jadinyer. Begitu juga dengan IQ. Walaupun berIQ tinggi, tetapi manusia sering terjatuh ke dalam perangkap IQ kerana sentisa memikirkan bahawa tindakannya adalah yang terbaik dan menolak ralat dalam membuat keputusan dan risiko dari segi kreativiti.
aiseh..cam ceramah pulak. Buku Tacticts ni merupakan himpunan daripada 50 orang terkemuka. Semua kriteria2 yang ada dalam orang2 yang dah berjaya ni diinterprate kemudian jadi buku. Haa...kalau nak berjaya, baca la buku tacticts..x pun, baca pasal six thinking hats.




Benda Baru

Sejak beberapa hari kebelakangan nih, aku konon busy jadi tak sempat makan daging.
 
Tadi aku lapar lalu makan daging untuk kecukupan nutrisi. Lol~ tetiba pula aku makan secara berhati2. Nak hidup lama punyer pasal. Aku Anti Ubat. Lebih baik aku makan lelok banding aku telan ubat. Nak dijadikan cerita, tadi aku terlalu lapar. Setiap kali aku lapar, kau mesti cakap 'rasa nak makan banyak'. Aku makan dengan dak satu group untuk asaimen subjek kemahiran berfikir.
 
Tak pasal2 aku kena baca banyak pasal Edward de Bono. Tapi kalau nak kaya, baca la buku-buka pakcik tua nih.. dia la yang wujudkan perkataan 'kreatif'.
Aku order air suam, teh ais (sebenarnya aku maksudkan teh o ais-salah order), Nasi putih, kailan ikan masin, daging masak kicap. Cukup dua orang makan. Aku makan habis licin. Tidak sampai seminit aku habis makan, aku terkejut sebab baju aku basah..
berpeluh2 aku makan.
 
Perrrggghhhhh!!! seumur hidup aku, aku tak pernah berpeluh coz makan. 
INI BENDA BARU!
Even kalau aku bersukan pun, memang aku tak berpeluh punyer...
 
 
Sungguh gembira menjadi seperti orang normal.
 
 

Monday, 25 May 2009

fobia

ni kisah ntah pape...dalam banyak2 benda yang berlaku...ni jugak yang aku rasa nak post.
thesis dah submit, tapi ada big mistake.
Dah jilid, orang kedai jilid xde chapter 5 sampai lampiran. hampeh betol.
Malam tadi...ben nak bertolak dari rumah balik shah alam.
Masa dia nak keluar, tup2 kunci hang. Mangga xleh nak buka.
Dah la solex 2...dengar solex2 nih aku dah ada pengalaman dah... masa aku terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar hari tuh, solex jugak yang payah nak bukaknyer..
Pas terkunci, aku search dalam tenet camner nak unlock padlock cam yang ade kat rumah. Hampeh...sumer dalam you tube duk tunjuk mangga yang cikai tuh...yang ada dua lubang kat tepi cam solex tuh langsung xde [mungkin x jumpa]. frust dibuatnyer.. akhirnya, buat kepurusan panggil member2 tlg bukak tapi masalahnyer, skrg nih cuti. Member2 sure balik kampung munyer..
last2 skandal [he3] ben datang tolong bukak...duhhh..lega rasanya.
aku dah fobia terkunci dalam rumah nih...bila sebut 'terkunci' jer kepala aku terus ingat api. Tadipun aku asik jeling jer kat dapur padahal xde ape pon..
aku mmg fobia la..hisshhhh....
kene buang nih..

Sunday, 17 May 2009

..pagi2 yang sentiasa berlalu..

pagi ni aku lapar....aku pun turun beli roti kat 7E seawal jam 7.00 pg. Aku pakai baju hijau, kasut hijau semua hijau sebab aku rasa nak menghijaukan diri. =)
Sudah lama aku tidak bangun pagi (hakikat sebenar). Semasa aku berjalan, aku nampak dua orang dak lelaki indon duduk tepi jalan. 'Dorang buat apa lepak pagi2 nih?' kataku dalam hati. Aku berlalu di belakang dorang begitu sahaja.Selepas beli roti gardenia sungguh enak dimakan begitu sahaja, aku terus jalan balik rumah. Dalam perjalanan balik, aku nampak awan...biru..CANTIK!!!! Dengan cepat aku kuarkan hp. Click!!ambil gambar awan....dua mamat indon tu pandang aku tapi aku buat macam nampak tiang jer. Masa naik tangga, aku rasa perjalananku sangat senyap. ''oh, kasut hijauku rupanya''kataku. Kasut hijau pilihan adik laki aku. Dia kata comel, so suh aku pakai. '(emm...layan je la budak tuh). Bagus jugak pakai kasut yang x bising macam pakai heels bunyi ketak3..masuk rumah, aku terus ke beranda. Pandang langit lagi.
Sungguh cantik!!!click!!ambil gambar lg..kalau biru tambah hitam jd camner? sungguh tak menarik. Aku bersyukur hidup di negaraku MALAYSIA yang aman. Langit tak hitam kelabu merah mahupun pelik2...yang ada biru and putih yang cantiiiiiiik!!! ku lihat ke sudut beranda. Hmmmm....bayamku membesar dengan lambat. Nak buat cmner, aku tanam atas pasir. Pasir dalam pasu. Pasu kena air sabun bila jemur baju. Kesian bayam itu.




 

Saturday, 16 May 2009

aku rindu kamu

hmm...bukan senang nak lepaskan ape yang kita suka..
betol tak? aku sangat suka main badminton walaupun aku xde la sehebat Datuk Lee Chong Wei mahupun Lin Dan...malah xleh chalen awek Lin Dan pon. Wahaha...
tapi lantaklah..aku suka main badminton. Selepas masuk beberapa perlawanan dari sekolah rendah sampai sekarang, tetiba pulak x boleh main...
Kesian raket2 aku tersadai macam tu jer..nak bagi orang pinjam guna, cam kedekut lak aku rasa. Lagi2 kalau dak laki yang pinjam. Tangan berpeluh, rosak hancur grip aku yang comel2 belaka. Wahaha...
Tapi apakan daya. Aku kene rehat...so, xyah la gatal nak main kan...masa makan tadi teringat lak aku train budak2 kolej aku hari tuh... dan macam mana coach aku train aku masa dulu2.

sungguh aku rindu. sekarang, aku main rubik dah ar..
=)

Friday, 15 May 2009

main kayu tiga.

ego memang dah jadi sahabat aku dari kecik.
begitu juga dengan Degil. Ego & Degil adalah sahabat yang setia.Apabila aku rasa nak nangis, Ego mesti ada pujuk aku. Kalau aku rasa putus asa, Degil pulak bertandang. Sebab tu aku sangat jarang berputus asa sebab mereka berdua selalu bersama2 aku. Malah dah sebati dengan diri aku. Faham aku melebihi sesiapapun. Tapi kadang2 dorang datang menyibuk pada masa yang sesuai. Kadang2 aku tak suka dengan dorang nih..tapi nak elak pun susah. 'Aku rasa kawan sebenar aku dalam dunia ni pun selalu jugak macam tuh... tapi banyak yang lagi teruk dari Ego & Degil. Sekurang2nyer E&D sentiasa wujud masa sedih dan masa nak berputus asa. Kawan betol2 x tentu leh buat camtu lagi. Tapi jangan sesekali mencaci hina dan segala kejadah kat aku. Sebab E&D pasti membela. Demi maruah aku, dorang berdua sentiasa akan berdiri tegak demi aku. Ntah ape aku mengarut nih..
kesimpulannya, jangan usik mereka berdua. Sebab ANDA akan menerima padahnyer...
aku maybe akan sedih sebab Ego buat sesuka hati+juga akan menyakitkan anda.
Tetapi sebab Degil juga sentiasa bersamaku, aku redah segala kejadah yang aku rasa nak redah walau sesakit manapun ia. It might feel like a bullsh*t but im livin in a sh*t.
whats da fak huh?

Wednesday, 13 May 2009

hampir berakhir...

Perjuangan thesisku hampir berakhir.
Jam 2.15 tadi aku masuk dewan dengan penuh debaran.
yang ada cuma Dr Ahmad bin Abas & Dr Ahmad bin Ismail. Both dipanggil Dr.Ahmad.Menurut jangkaan awal, viva minimum 10 nminit, average 2o minit. maksimum xde limit. Semalam ada budak kena sampai sejam lebih. Aduh...shida yang satu penyelia n pemeriksa dengan aku keluar jer, nangis2..dia kata Dr. Ahmad anak pakcik Ismail serang habis2n.
Giler cuak aku dibuatnya...apabila namaku dipanggil, aku melangkah masuk dengan senyuman yang lebar. Huhu...aku siap pakai baju cam bisnes women dah ni..dengan mekap. Hahaha... yela, nak bagi lain+lebih berseri2+bersemangat depan pemeriksa aku. Lagipun untuk pemakaian and attitude pun ada markah. Mula jer, 1st page dah salah dah...gaya UKM hancus. Aku senyum jer..lalalala...hampeh tol. Banyak giler soklan dia. siap taip list soklan sampai 2 page. Syukur penyelia aku jd pengerusi. So, agak2 aku cam kene hentam, dia warning masa dah nak habis. Hahaha... slepas aku merapu entah hape2 jer, aku dipersilakan untuk belah daripada dewan. Lalu, aku belah dengan hormatnyer...kuar jer, aku tengok jam...mak aih....4o minit ropenyer. Mujur bukan sejam. x sedar pon dah 40 minit. giler aar... tapi satu mende yang aku lega, ''mulen, u bagus. U jawab x ,merapu2'' kata Dr Ahmad Abas supervisorku yang disanjung. Sungguh kembang dan lega hatiku mendengarnya... impossible aku leh jawab semua benda tapi sekurang2nyer aku x merapu n look sooo~ stupid. Anyway, thanks God its over. Im hoping for A.
=)

Monday, 11 May 2009

obsessssi~

Hari ni aku kemas semua barang aku. Ntah nape...rasa nak kemas pulak.Huhu..baru la aku perasan betapa banyaknyer aku membazir duit.Habit aku yang buruk, aku cepat bosan dengan wallet aku. Wallet aku ade 12 semuanyer...sengall...buang duit jer. Wallet banyak kalau isi xde buat ape... kasut tu xyah cerita la.. ntah kenapa la pompuan suka sangat beli kasut. Ade satu kasut nih, aku beli masa first year, konon untuk main futsal. Kasut tuh warna hijau, macam kasut bola. Dari first year sampai malam jumaat lepas ( g main futsal), baru kali ke-4 aku pakai kot.. yang confirm, x sampai 10x lagi sebab kasut tuh masih kelihatan macam baru keluar kedai. Hampeh tol aku.. skrg aku bukan pakai sangat pun menda2 tuh semua. Aku pakai pi field work pun kasut plastik harga 20hinggit tu jugak. Ape aku nak buat dengan kasut2 tuh?nak letak mana? pening2...boot2+heels...ntah pape jer..
kalau bukak kedai pun bley...jual skali dgn baju2 gothic aku+beg2 funky2 yang memang x berguna apabila anda sudah bekerja dan semakin tua.ha3!funny la sgt...aduh... tapi ada satu benda yang aku obses tapi aku memang langsung x guna terus..
x penah guna pun. Aku simpan wat menyemak jer.Pandang2 jeling...x guna pon...ntah..nape la aku suke sangat mende bulat2 leper2 tuh..ni haa~

Ape aku nak wat dengan mende ni sebenarnyer?cm xde pekdah pon...haram!aku xkan buang punyer..

Saturday, 9 May 2009

8 perkara yang perlu tapi adakalanya tak perlu..

1. Jadi diri sendiri
tetapi jangan jika anda pi interview. Anda suka pakai selipar jepun? cubalah pakai masa pi interview.

2. Setia
tetapi jangan untuk seseorang/sesuatu yang haram. Bos anda seorang drug-dealer?anda tahu tapi nak setia kepada bos jugak?owh…jangan sesekali.

3.Berani
tapi jangan jika ianya bahaya. Ingatlah orang yang tersayang. Jika anda rasa hidup anda tidak berguna, jangan mati dulu…aku perlu orang untuk kemas rumah aku, potog rumput depan rumah, cat rumah aku…wah…anda sangat berguna bagiku.

4. Merendah diri
tetapi jangan apabila anda mendapat peluang untuk menunjukkan kebolehan diri. Adakah anda akan mengatakan ‘pencapaian bisnes saya biasa2 saja’ kat pelabur anda. Semestinya mereka menjangkakan pencapaian yang cemerlang.

5. Dermawan.
tetapi jangan jika akhirnya anda perlu menjual diri. Dermawan…debit akaun kat banyak2 charity. In the end, x cukup duit nak bayar rumah. Menderma tidak sepatutnya membebankan anda.

6. Tidak pentingkan diri sendiri.
tetapi jangan jika ianya lebih menyakitkan berbanding membantu. Anda sentiasa membantu orang yang bengap buat kerja. Sampai bila di bengap+malas itu xkan berjaya.

7. Bercita2 tinggi.
tetapi jangan jika anda mendapat daripada yang anda peroleh. Naik pangkat?tapi xde masa untuk family? pilih la…

8. Kahwin
tetapi jangan jika tidak bahagia. Makan hati berulam hempedu? x payah la…

Friday, 8 May 2009

Lebih suka jadi kanak-kanak riang

Bingung2...makin tua makin banyak kena piki.
Tapi semakin pandai buang masa.
Kan best jadi budak2...pape jer nangis, dapat la.
Hahaha...aku rindu zaman kecik2 dulu.
Tak perlu piki pape.
Main, makan tidur.
Waahhh..best giler..
Tapi sekarang dah lain.
Dah besar....banyak benda kena piki.
Kena piki nak cari duit kat mana, nak keje ape pas grad, nak tinggal mana pas keje.
Nak keje mana, and so on...
Tapi sekarang ni, aku kena fikirkan pasal nak tinggal mana.
Alkisahnya, aku carry foward 2 subjek (U2 n U3). Sebabnyer..masa aku apply french hari tuh, aku kene rejek coz dorang siap kenal Madmoiselle Zihan yang tercinta tapi bagitau aku lewat sangat. In the end, aku takleh nak register. lalu membazir 3 unit. Aku bley habiskan sem ni tapi 21 jam kredit tuh cam menyesakkan jiwa dan minda ku jer. Dengan thesis lagi, aku takut aku tak larat nak buat semua so aku bawak 6 unit pi 3rd sem.
hurmm....tp sekarang, masalah dia..aku terlambat nak register.
FULL!!!xleh nak register utk subjek tuh...tapi after taneyr kat member, aku leh register manually 11,MAy nih..now settle. Tapi........ada tapi lagi... Aku nak stay mana?
AKu bajet nak stay kat kolej jer hr tuh tapi aku duk rumah sewa nih sampai hujung bulan 5. Kalau aku register kolej, tercirit la aku nak bayar kolej+sewa lg. Sekarang ni pun sebulan untuk sewa roughly rm 230 la kot.. kalau duk kolej, berganda2 la aku kena bayar lagi. Lagipn sem ni pendek jer. Wat rugi nak bayar. Sekarang nih, abang aku plak sibuk nak suh aku balik... Dah la nak kuar rumah ni pun satu hal. Nak kuar tapi tak gtaw kat tuan rumah lagi atas sebab2 tertentu. Semua jadi hold...aduh..pening3..camner nih... aku xnak duk rumah sewa dah sebenarnyer...sbb nant aku duk sorang jer. Fairuz pun dah nak kuar, Ben lak LI. Tinggal aku sorang. Bahaya... tu yang aku nak kuar jgak tuh..aku maybe nak duk rumah abg aku kat damansara jer... amik pas bulanan utk rapid, ulang alik g kelas dah. Lgpn BB pun ade offer nak tumpangkan aku kat bilik dia. Hmm...
Pening2....hidup menjadi orang dewasa memang memeningkan kepala walaupun masa nak g tengok BOHSIA hr tuh, orang kaunter mintak IC.
Dia bajet aku umur 14 tahun. Hampeh betol!!!
Hmmm......jiwa kacau.kacau,kacau,kacau!!! malasnyer jadi orang dewasa. =(

Thursday, 7 May 2009

berakhir sudah~

05 May.
Akhirnya examku habish...wahaha...sungguh gumbira namun masih risau mengenankan thesis.
06 May,
Fairuz gerak aku, tanya nakpi taklimat thesis ke x?
hurmm...aku bangun g mandi then gerak pi taklimat. CUak+lega after dengar taklimat pasal viva. Menurut Dr. Abas, viva senang (tapi even malaikat turun bagitau aku viva senang, aku tetap x caya). Ha3...Viva ni macam sesi interview pun ada...
Dalam dewan ada 4 orang jer.
MC,penyelia, pemeriksa and AKU.
1.masuk jer, MC akan memperkenalkan aku kat pemeriksa (walaupun pemeriksa dah kenal and dah baca thesis aku)
2. Pastikan hanya duduk selepas anda dipersilakan duduk.
3. Pemeriksa akan memulakan sesi mengkomen dan bertanya pasal thesis. (kalau xleh jawab, tolak markah la jawabnye.
4.Sesi ini berlangsung minimum selama 10 minit dan tidak ada had maksimum. Average=20 minit.
5.Pemeriksa dah puas hati cari kesalahan, baru dia stop.
6.Mc mempersilakan kita belah daripada dewan.
7.Dengan belahnya dari dewan, maka semua part yang mendapat markah sudah berakhir.
Wahaha...melihat kepada kesalah aku yang aku dah perasan, aku sangat cuak coz tataw nak jawab ape kat pemeriksa. Huh...mujur aku sempat buat ANOVA untuk kualiti air and makroinvertebrat bentik hari tuh. Kalau x mampooooosh~
Lepas tuh, aku g tengok movie title BOHSIA> sangat stupid dan membosankan. Xde ending, nilai moral pun x nampak. KAku dan dibuat2. Especially diana danielle yang blakon jadi baik tapi x menjadi. cakap pasal 'cari rezeki biarlah halal' tapi rambut kuniiiing macam kena karat jer. X sesuai langsung.
Malamnye; AKU TENGOK BOLA.
HAHAHAHAHAHAHAH~ CHELSEA SUDAH KALAH WALAUPUN MAIN KOTOR
selamat berjumpa wahai MU
mlm ni nak g main futsal.

Saturday, 2 May 2009

perasan xde keje~


video


Sajer rasa nak letak dalam nih..=)


Ahaks.


Enjoy THE SHOW.