Wednesday, 1 April 2009

''urgent nih..''

''jumpa saya hari isnin,give me something to read'' kata Dr. Ahmad Abas merangkap penyelia kepada Len. Tapi ntah ape kejadah budak Len tuh x pandai jumpa Dr dia padahal dah hari Rabu. Isnin ada exam. Selasa tetiba ada kuiz. Duh...semua mengejut. Alasan dia masa p FRIM penat, x sempat buat apa dah tertido. Isnin kelas full dari pagi sampai ke malam. Dia penat katanya. Selasa pagi dia bangun awal sebab terganggu ada orang hantar mesej. Tapi ada ekbaikan sebab dia bangun buat assignment tapi akhirnya tak sempat jumpa Dr Abas juga. Selasa malam, dia berjaya mendapatkan SPSS darirakan sekelasnya Farhana. Dia cakap ''terima kasih banyak2'' lalu bagitau semua orang sape nak mintak SPSS mintak dari dia jer...semalam tidur jam 5.30 pg, bangun jam 11 lalu masak mi basah dan meneruskan perjuangan. Dia menaip sampai ke petang. Dia berasa sangat epnat menghadap laptop. Ingin mencari hiburan tetapi semua hiburan berada dalam laptop. " Aku allergic tengok skrin laptop'' katanya. Lalu akhirnya dia mengambil keputusan bermain buih sabun di tepi tingkap...''banyak belon sabun, happy..'' katanya. Selepas itu, dia tengok cerita The 10th Kingdom bersama Fairuz di atas tilam. Selepas itu, dia menaip semula menggunakan laptopnya....''aku lapar dan penat'' katanya sambil memasang niat di hatinya untuk berkerja keras lagi malam ini.

2 comments:

bEt said...

siapakah yang mengacau len tidur itu...huhu...

miSs ShinOsuk3 said...

sudah gaharu cendana pula...