Saturday, 11 April 2009

Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Walaupun my lovely lemak semakin hilang sebab makan x menentu, sibuk...namun hari ni aku nak cakap pasal rezeki murah.
Duit tinggal seratus lebih (kerana aku membazir).. kalau dengan kadar makan aku yang biasa, confirm x sampai seminggu pun dah habis aku makan duit tuh. Aku rasa aku dah besar, rasa xnak menyusahkan orang lain tu makin banyak. Balik2 mintak duit, macam la perut aku sorang jer yang nak sumbat kan.. aku juga mahu belajar berjimat.
 
ISNIN: aku tertipu. Kelas cancel tapi aku dah sampai kelas seawal jam 8 pagi. Aku siap bgn 630 pg konon sebab nak datang kelas. Tapi tidak mengapa.. bibi call aku, tanya pasal ujian talasemia yang ktorang buat berdua hari tuh. then dia pun tanya aku, "ko makan almond london x?", "nak!!!!" jawabku dengan laju. Hahaha... rezeki murah2....nyam3.. a hour later, dia sampai dengan sebekas besar almond london. Waaahhhh....sungguh gembira hatiku melihat coklat itu. Dia bagi sebab banyak perkara baik berlaku kat dia semasa aku bersama dia. Ha3..heran aku.
 
Malamnya, papa datang ajak aku teman dia pi rumah anak saudara dia. Nak format laptop, sambil mendengar luahan dan cerita dia, dia belanja aku makan then minum. Burrrppp!!!Makanan free memang sedap...masa nak balik, aku culik topi liverpool dia. Sampai sekarang dia tak perasan lagi.Ha3..
 
SELASA: Shida datang borak dengan aku. Dia nih terkenal dengan budak pandai yang kalut nak siapkan semua benda dengan cepat. Aku bajet dia banyak tahu, ropenyer dia banyak gak tanya aku nak buat camner..lalu aku pun berlagak cool share apa yang aku taw..rezeki yang aku dapat dari dia, ilmu dia pun aku serap jugak. Wahahaha.... rezeki murah3..
 
RABU: Ben buat bbq bersama kawan2, guna dapur ktorang untuk siapkan semua makanan. Tengah malam dia balik bawa 6 bungkus nasi lemak bersama ayam panggang. waahhh!!!rezeki dtg bergolek lagi....
 
dan KHAMIS berlalu dengan cepat kerana aku x keluar dari rumah....Jumaat aku bangun awal...6.50 pg coz kelas jam 8...masa nak balik, Daccent ajak aku balik sekali...tumpangkan aku coz rumah dia dekat2 rumah aku jugak. X perlu aku penat2 tunggu bus. Huhu....
 
Petang ada kelas lagi. Bakar offer nak bagi aku software untuk analisis data aku. waduh....happy seyh..x perlu aku nak jumlahkan sum i=1,S=48 untuk 6 stesen.
 
Masa nak tunggu bus, Flora call aku tanya rumah aku katne. Dia nak anto makanan sempena perayaan Ester.Hehe...tp aku xde kat rumah pulak. Xpe la...masa dalam bus, aku duk piki nak makan apa. Sampai jer aku jalan pi restoran...makan sorang2 pun jadi la..masuk jer, aku nampak Danny & Flora kat luar restoran. Dorang ajak aku makan sekali dengan member2 lain.. Connie, Lantong, Jenny, Bong, Chris. Setiap kali aku kene makan sorang2, setiap kali tu dan2 jugak dorang ada. Hmmm???? kebetulan tapi dah lebih 3x dah... x janji pun. Masa nak bayar makanan, aku orang last nak bayar. Chris depan aku, dia bayar untuk aku skali pulak... waaahhh!!!!!aku rasa nak lompat2 jer... semua cam tersedia untuk aku.. aku memang sangat bersyukur untuk minggu nih.. walaupun ada banyak perkara lain yang sukar juga turut berlaku ya tak perlu tulis, tapi ada perkara yang baik berlaku... seharusnya bersyukur. =)
 
Bila aku piki dosa2 yang aku buat, macam x setimpal dengan rezeki yang Tuhan bagi kat aku.. apa pun, aku nak bersyukur dulu.... selebihnya, berserah...
 
 
 
  Oh ye.. kalau nak tau papa sape, sila baca entry
 

0 comments: