Wednesday, 8 April 2009

'Bagai daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiapa yang peduli'' 2

.........seketika, Len muhasabah diri. Dia selalu makan nasi tak habis. Dia selalu rasa nasi ketul tuh bukan nasi. Tapi bila tengok orang2 yang berada di hadapan matanya... dia kesal dengan diri sendiri. 'betapa tak bersyukurnya aku'..



Selepas semua orang yang datang habis makan, Len dengan cepat mengangkat pinggan dan gelas2 yang dorang tinggalkan macam tu jer..pada masa yang sama, Len masih mengagihkan air. Sampai di hujung lorong, Len terpandang wajah seorang lelaki muda yang dia kenal (tp x ingat nama). Dia berhenti dan senyum... bertanya khabar. 'khabar baik' jawab pemuda itu. Len memandang ke arah dua lagi sahabatnya yang nampak bingung. Len dengan mesra menyapa ' kawan2?'. Pemuda itu mengangguk. Len duduk dan mula borak..setelah lama berbual, Len akhirnya dapat tau yang rupa2nya lelaki tua yang dah lama x nampak tuh dah dihantar balik ke Sabah...menurutnya, ada sebuah gereja telah menolongnya.. Len berasa sangat lega.. sekurang2nya, lelaki tua itu dah balik...mati pun berkubur. Len beredar menuju ke seorang lelaki mat salleh...Len menegur dan borak2 dengan lelaki tuh.. antara perkataan yang Len ingat dengan jelas ialah 'im 68 years old','i have a big apartment in Subang Jaya',' i stay alone-with my teacher'-----guru saham dia. Dia bawa sudu dan garfu sendiri... Dia kaya tapi kenapa makan bersama dengan orang yang sangat2 miskin????????

Len tertanya2...setelah lama berfikir, Len berpendapat bahawa lelaki tua itu kesunyian dan perlukan teman untuk makan. hmm...... kadang2 orang yang ada kat lorong ni banyak yang menipu sebab malu nak mengaku, ada yang jujur dengan life dia.. dan ada juga yang memang saje nak ambil kesempatan. Let say, lelaki tua itu menipu.....tapi kalau dia tak kaya, dia xkan mampu datang Malaysia pun (dia berasal dari Kanada). Lagipun, lepas tuh, Len ada nampak dia beli barang kat Watson. hmm...???????

Len nampak seorang wanita 40-an sedang mendukung anaknya. Baby tu comel.. Len menuju ke arah wanita itu sambil menyapa ' kenyang x makan tadi?'(xde topik lain sebenarnya).Wanita itu pada mulanya kelihatan segan tapi setelah melihat Len tidak berputus asa, dia akhirnya bercakap banyak+ramah. Len rasa makcik tuh kawen campur.. suami dia lelaki india. Dia nampak macam melayu...no komen. Dia kata, anak2nya tak suka datang lorong ni.. sebab anak dia kata, tempat ni bagi orang yang tak berwawasan. Betul jugak...tapi organisasi yang handle program street feeding nih penah dapat award daripada penjara sebab banyak membantuk banduan 'hidup semula'. Tapi makcik tu kata, dia nak anak dia ambil pengajaran daripada orang2 tua yang ada kat lorong nih...dia kata, dia nampak fenomena kat sini nih macam daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiap yang peduli...hmmm...

Ada sorang tua nih berasal dari Ipoh. Dia kena halau oleh anak2nya.. dia datang ke KL dengan harapan, dia akan dapat cari kerja. Bila sampai KL, persaingan sangat banyak.. gulung tikar. Sekarang dah x larat... late 50s dah.. sekarang dai memang banyak bergantung makanan dengan makanan derma macam nih.. setiap hari, dia pungut apa sahaja yang boleh dijual demi sesuap nasi... dia kata, setiap kali dia bangun pagi dia bersyukur kepada Tuhan kerana masih memberikan dia nyawa untuk hari ini.. dan memberikan dia sesuap nasi untuk hari nih.. ayat ni mengingatkan Len tentang satu ayat dalam Bible ' sedangkan burung di langit pun mendapat makanan yang cukup, inikan pula manusia. Carilah dahulu kerajaan Allah maka semua yang lain akan disediakan bagimu'..



Moral of the story:


  • Apa guna wang yang banyak kalau in the end, makan sorang2, sunyi dan kesepian?Bahagia jauh sekali.

  • Utamakan Tuhan sebelum apa2 sekalipun. Sebab rezeki tu berada di tangan yang maha kuasa.


p/s: Banyak sgt pengajaran+pengalaman yang aku dapat kat lorong tuh untuk ditulis. Tapi untuk hidup aku, masih tak cukup..

1 comments:

bEt said...

kalu citer p ramlee di sebut sedangkan cacing di dalam batu pun boleh hidup...