Sunday, 5 April 2009

'Bagai daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiapa yang peduli'' 1

April,4 2009
...dalam ke'tensi'an membuat thesis, Len rasa nak join street feeding setelah sekian lama tak berkunjung. Bukan xnak pi tapi memang tak sempat nak join sebelum nih..hatinya tertanya2 bagaiman khabar orang2 tua dan yang lain di jalan yang sempit itu. Tetapi di jalan yang sempit dan kotor itulah tempat yang paling penuh dengan kasih sayang bagi orang2 yang terpinggir dan semakin dilupakan itu...jalan itu jugaklah tempat orang2 jalanan yang homeless+loveless mendapat makanan yang terbaik bagi mereka dalam seminggu yang memeritkan dan meletihkan. Selepas makan tengah hari, Len bersama 2 orang lagi kawannya naik bus rapid U40 menuju ke pudu raya..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan, banyak kejadian yang dia nampak. Setiba di bandar kajang tuh, sekumpulan budak2 belasan tahun (14-15 tahun) lengkap berpakaian hitam, seluar hitam, dan rambut perang (dye) naik bus..dengan gaya yang tak senonoh, buat bising dan merokok di dalam bus rapid. Perbuatan mereka sungguh tidak bertamadun dan sungguh bodoh...Di hadapan Len, sepasang kekasih(konon) bermesra2an..dorang tuh salah satu daripada budak2 yang entah pape ntah tadi tuh..setiap 10 minit budak p-erempuan tuh membetulkan mekap dan menyikat rambutnya. Lalu kawan2 dia yang lain menyakat pasangan kekasih nih..''jangan kacau sweet couple.Dorang tengah bincang hal rumah tangga''kata salah seorang daripada kawan2 pasangan kekasih tersebut ''dorang bincang nak buat posisi ape malam ni, doggy?''tambah mereka lagi. Sungguh dasyat budak zaman sekarang yer... bawah 15 tahun dan macam2 perangai...Setiba di Kota Raya, Len dan kawan2 bergerak ke lorong yang menjadi lokasi 'street feeding'. Hatinya berdebar2 kerana risau tentang 'kehilangan' jejak salah seorang daripada pengunjung setia tempat tersebut..seorang lelaki tua berumur 50-an buta huruf,berasal dari Sabah tetapi sampai ke semenanjung pada awal tahun 80-an sebab ditipu oleh 'sahabatnya' yang berasal dari Kelantan & Kedah.Menurutnya, 'sahabatnya' itu dulu tinggal kat Sabah..pastu ajak dia datang semenanjung untuk cuba nasib. Tetapi bila dha sampai KL, 'sahabatnya' merompak dia dengan mengambil semua wang+ dokumen peribadinya dan meninggalkan dia tanpa hala tuju kat KL..


Setiba di lokasi tersebut, mata Len laju mencari wajah orang tua malang tersebut. TIDAK ADA..tanpa membuang masa Len mula mengagihkan makanan kepada orang2 di jalanan itu. Apa yan Len perhatikan, orang2 di situ makan dengan sangat laju. Sungguh menakjubkan!! Tak sampai seminit. Betul....bukan tipu nih. Kalau dorang minum air, segelas tuh sekali lau jer then dorang akang angkat 2 gelas serentak as stock ms mkn nasi..Dengan muka yang dah tak mandi selama berapa hari?minggu?bulan?ntah.....rakus merampas semua makanan yang ada dalam tangan Len. Salah satu daripada mereka, ada juga yang merupakan penyanyi jalanan. Dia merenung Len tanpa berkata sepatah kata. ''macam2 orang ada kat sini''kata Len dalam hatinya. Antaranya ;
  • Mak nyah yang sudah tidak laku+tua kering kerepot.
  • Pasangan kekasih muda(lari dari rumah kot), dengan perempuannya sedang mengandung 6 bulan tapi terpaksa mencari makan di lorong sempit dan kotor nih.
  • Pasangan suami isteri mempunyai 9 anak tetapi sewa satu bilik sahaja untuk tidur.
  • Pondan2 muda yang kelihatan seperti orang gila.
  • Apek2 tua yang suka pungut botol mineral kemek kat tepi jalan. Dia pungut, tiup botol kemek tersebut jadi kembung, then mintak Len penuhkan botol tersebut dengan teh o. Len yang terkedu hanya senyum sambil tuang air dan melihat gumpalan tanah yang masih melekat dalam botol mineral tersebut. Seminggu kemudian, Len datang lagi, apek itu masih hidup. Jadi, tidak perlu risau tentang tabiat apek itu.(menurut pengalaman lepas).
  • Orang yang ada HIV+AIDS dan disisihkan oleh keluarga.
  • Nenek tua yang diabaikan oleh keluarganya
  • Lelaki tua yang kaya tetapi makan bersama orang2 yang tidak ada rumah.
  • Orang muda yang malas dan saje nak cari makan free.
  • OKU yang dibuang oleh keluarga
  • Penagih dadah yang masih khayal.
  • Bapok yang dibuang oleh keluarga kerana kawasan sekitarannya x mahu menerima sifatnya.
  • Pemain gitar jalanan.
  • Orang yang lari dari rumah
  • Orang yang putus harapan dalam hidup. Sekarang sudah bersemangat dan jadi salah seorang daripada volunteers untuk tolongorang2 yang ada kat situ.
  • Banduan
  • Perogol
  • Pembunuh
  • Dan banyak lagi...wajah2 murung yang tidak mampu meluahkan sepatah perkataaan...seribu kepahitan yang terpendam..kita boleh memainkan peranan untuk mengetuk hati mereka dan mendengar luahan mereka supaya kemurungan berakhir, fikiran logik mula muncul.

bersambung......

Seorang lelaki yang dahulunya cantik..


2 comments:

bEt said...

pergh...

miSs ShinOsuk3 said...

ape yg perghhh???
nyah cantik tuh ke?