Tuesday, 28 April 2009

how i'm gonna tell you???

aku selalu fikir...bagaimana agaknya kesudahan hidup aku?
aku selalu fikir...sempatkah?
aku selalu fikir...kalau x sempat?
aku selalu fikir...apa yang perlu aku buat?
aku selalu fikir...kepada siapa aku nak bagitau dulu?
aku selalu fikir...siapa yang selayaknya tau dulu?
contohnya:
14.06 = aku terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar dulu.
Api menyala -> cuba padam -> tak dapat -> tutup main suis (walaupun terpaksa naik rak kasut untuk mencapainya)-> cari kunci tak jumpa -> try bukak grill tak dapat -> call bomba yang x guna -> try bukak grill lagi -> keluar tingkap nak ambil udara -> lari masuk -> api menyala penuh satu rumah,panas x terkata -> menjerit mintak tolong -> percubaan membuka grill -> merayu mintak tolong bukak grill cepat->asap dah penuh xleh bernafas dan sangat panas-> tataw nak buat apa (ruang penuh dengan api+asap)-> berdoa -> mesej abang-> got idea-suruh orang kopak grill-> finally aku dapat keluar dengan bahu terbakar, rambut terbakar. Lari turun tangga bawah dari tingkat 22 pi grounfloor.
semua berlaku less than 15 minutes.
flashback semula.
kalau aku putus asa nak bukak grill-mati terbakar+rentung.
kalau aku stay kat luar jendela-mati jatuh kena angin.
kalau aku mati????
sape jer yang tahu?
my family jer....
the next day, 2orang jer call aku tanyer khabar (sebab aku masuk tv3).
kalau ajal aku dah sampai masa kebakaran tuh??
how im going to tell my friends that im no longer exist?
who gonna tell?
refers dengan masa situasi di atas, aku xde masa pun nak bgtau kat member2 yang aku sayang dorang. Mesej aku kat abang aku, 'balik.rumah terbakar, x dapat keluar'.
hmm....anyway,in case, if anything happen to me, i tell YOU all NOW.
I LOVE MY FAMILY+bf
I LOVE MY FRIENDS
I NEVER REGRET THE LIFE I EVER HAD
I THANKS EVERYONE for THINGS HAPPEN IN MY LIFE

Monday, 27 April 2009

..penantian 10 hari..

pada 24 april yang lepas, aku balik damansara.
Balik sendiri jer...sampai kat stesen lrt taman bahagia abang aku datang ambil. Abang aku cakap dorang berdua (wife dia) demam. Aku bajet demam biasa la..then bila sampai rumah semua kosong. Makanan xde langsung. Hampa..ha3..tapi aku faham la yang dorang berdua sakit. Kalau masak pon, xde sape nak makan. Next day, after balik dari kerja, kak ipar aku kata dia kata simptom demam denggi semua ada kat dorang. Aku dah cuak dah.. dan2 aku balik la pulak dorang nak kena denggi yer (may be ada hikmah di sebalik kedatangan aku).hehew..

Abang aku pi klinik malam tu jugak, check darah.. positif denggi. Next day check darah lagi, gettin' worst. within less tah 24 hours, platlet darah dia turun dari 120 kepada 76. Malam tuh jugak pi kat hospital kecemasan. Sah! abang aku kene tahan kat wad kecemasan. Aku cuak, kalau aku kena, dalam 10 hari baru nampak kesan dia. Assume aku kena 25. Exam aku next 4 & 5 Mei. Masa tuh la aku akan sakit...duhh...aku harus kuat semangat, kuat pundi kencing minum 100+.

Hehew...

Friday, 24 April 2009

HiduP s3haT b3rsama lov3ly l3max!!

Adakah anda seorang anemic???
Mild anemia ada dua sebab;
1. Sebab anda tidak makan dengan baik. Nutrisi tidak cukup. Kurang zat yang menyebabkan kurang hemoglobin.Suka makan junkfood.
2. Faktor genetik-thalassemia trait.
Tanda-tanda penghidap mild-anemia.
blurr2+pening bila kena cahaya matahari, pening kepala, kepenatan, letih lembik, cepat pancit, susah untuk menumpukan perhatian, rabun2, sentiasa rasa nak kunyah ais, membengkeng+baran semacam, pucat, selalu berdebar (nampak makcik tua tepi jalan pun rasa berdebar, jumpa makwe/pakwe tataw la jadi ape), tak tahan sejuk (tapi nak kunyah ais-sengall), hilang selera makan, immunity turun, AMS-acute mountian sickness.

Cara mengelakkan anemia;

Untuk sebab (1); Makan makanan yang banyak zat besi...jangan gigit pagar besi pulak. Makan la kismis, bayam, sayur hijau, seafood, daging merah, hati, kerang dan pilihan terakhir, supplement. Sila rujuk pada yang pakar.

Untuk sebab (2); Makan supplement. Dah genetik tuh nak buat camner lagi…dan jangan lupa makanlah makanan yang sepatutnya. Elakkan teh, kopi, susu dan telur kerana melambatkan penyerapan zat. Kalau nak minum susu, elakkan bersama dengan makanan berzat besi. (betul ker???check sendiri la).

Thursday, 23 April 2009

i fell in love...with..

what the **** huh??
dalam sibuk nak exam, aku paling suka buang masa baca tengok movie..the latest and aku dah ulang 3x tengok. TWILIGHT. tataw la kalau aku ni jiwang ke hape tapi aku memang retro kot.. Mula2 aku tengok trailer, aku dah jatuh cinta dengan citer nih.. sebab awek dia cam comel jer. wahaha... citer ni sweet..nak kata slow sangat xde jugak..nak citer banyak2 cam sangat banyak jer. Kalau nak tau, tengok sendiri. Soundtrack dia pun cmbest jugak...then setting dia best. Aku memang sangat suke..citer ni cam dongeng sket tapi lantak lah..

Jaspe(new vegetarian) yang super cool.
Bella & Edward
'Hold on tight spider monkey'

Dating atas pokok.




........????

Wahaha....setelah sekian lama senyap, akhir aku post jugak.
emmm....ape yang aku nak tulis dulu yer? oh ye, thesis dah submit. 2 yang paling penting. Then satu paper dah lepas dengan penuh debaran. (cam hampeh jer).
And aku dah dapat result darah aku. Emm...no wonder aku xleh nak derma darah. Nasib baik la xde sape yang menerima darah aku jugak. no wonder aku orang yang tilik tangan aku kata aku xde dara (sbb tapak tangan x merah)-bile lak aku try wat anak?mmg tukang tilik yang fail. Hahaha...ntah pape ntah. Dahla garisan tapak tangan pun cam xde jer..pucat plak tuh. no wonder aku cepat pening. Nak dpendekn cerita, darah aku cacat. Sungguh mengharukan..huhu.. Aku ada AIDS sebab tmakan kutu bdarah dalam sup gerai tepi jalan. =D


Just kidding!!

sebenarnya, few weeks lepas aku pi check darah aku. Saje nak tgk. Tup2 Alpha Thalassemia Trait-(Mild Anemia). Kui3..x ku sangka. Walaupun aku kelihatan gagah dan comel bersama my Lovely LEmaX, ropeny2 aku ni ada whole life ilness. Xpe, x mati pon..moral of the story, sila jalankan ujian Thalassemia untuk mengelakn kelahiran anak yang mhidap Thalassemia. Kalau dapat baby yang slalu baby face cam aku jer xpe la. Nak ke anak x reti blogging dah mati, kan sadis tuh..

sekian sahaja.

AMARAN: masa nak amik darah, ready mental sebab jarum besar. 2ml darah hilang.



Saturday, 11 April 2009

Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Walaupun my lovely lemak semakin hilang sebab makan x menentu, sibuk...namun hari ni aku nak cakap pasal rezeki murah.
Duit tinggal seratus lebih (kerana aku membazir).. kalau dengan kadar makan aku yang biasa, confirm x sampai seminggu pun dah habis aku makan duit tuh. Aku rasa aku dah besar, rasa xnak menyusahkan orang lain tu makin banyak. Balik2 mintak duit, macam la perut aku sorang jer yang nak sumbat kan.. aku juga mahu belajar berjimat.
 
ISNIN: aku tertipu. Kelas cancel tapi aku dah sampai kelas seawal jam 8 pagi. Aku siap bgn 630 pg konon sebab nak datang kelas. Tapi tidak mengapa.. bibi call aku, tanya pasal ujian talasemia yang ktorang buat berdua hari tuh. then dia pun tanya aku, "ko makan almond london x?", "nak!!!!" jawabku dengan laju. Hahaha... rezeki murah2....nyam3.. a hour later, dia sampai dengan sebekas besar almond london. Waaahhhh....sungguh gembira hatiku melihat coklat itu. Dia bagi sebab banyak perkara baik berlaku kat dia semasa aku bersama dia. Ha3..heran aku.
 
Malamnya, papa datang ajak aku teman dia pi rumah anak saudara dia. Nak format laptop, sambil mendengar luahan dan cerita dia, dia belanja aku makan then minum. Burrrppp!!!Makanan free memang sedap...masa nak balik, aku culik topi liverpool dia. Sampai sekarang dia tak perasan lagi.Ha3..
 
SELASA: Shida datang borak dengan aku. Dia nih terkenal dengan budak pandai yang kalut nak siapkan semua benda dengan cepat. Aku bajet dia banyak tahu, ropenyer dia banyak gak tanya aku nak buat camner..lalu aku pun berlagak cool share apa yang aku taw..rezeki yang aku dapat dari dia, ilmu dia pun aku serap jugak. Wahahaha.... rezeki murah3..
 
RABU: Ben buat bbq bersama kawan2, guna dapur ktorang untuk siapkan semua makanan. Tengah malam dia balik bawa 6 bungkus nasi lemak bersama ayam panggang. waahhh!!!rezeki dtg bergolek lagi....
 
dan KHAMIS berlalu dengan cepat kerana aku x keluar dari rumah....Jumaat aku bangun awal...6.50 pg coz kelas jam 8...masa nak balik, Daccent ajak aku balik sekali...tumpangkan aku coz rumah dia dekat2 rumah aku jugak. X perlu aku penat2 tunggu bus. Huhu....
 
Petang ada kelas lagi. Bakar offer nak bagi aku software untuk analisis data aku. waduh....happy seyh..x perlu aku nak jumlahkan sum i=1,S=48 untuk 6 stesen.
 
Masa nak tunggu bus, Flora call aku tanya rumah aku katne. Dia nak anto makanan sempena perayaan Ester.Hehe...tp aku xde kat rumah pulak. Xpe la...masa dalam bus, aku duk piki nak makan apa. Sampai jer aku jalan pi restoran...makan sorang2 pun jadi la..masuk jer, aku nampak Danny & Flora kat luar restoran. Dorang ajak aku makan sekali dengan member2 lain.. Connie, Lantong, Jenny, Bong, Chris. Setiap kali aku kene makan sorang2, setiap kali tu dan2 jugak dorang ada. Hmmm???? kebetulan tapi dah lebih 3x dah... x janji pun. Masa nak bayar makanan, aku orang last nak bayar. Chris depan aku, dia bayar untuk aku skali pulak... waaahhh!!!!!aku rasa nak lompat2 jer... semua cam tersedia untuk aku.. aku memang sangat bersyukur untuk minggu nih.. walaupun ada banyak perkara lain yang sukar juga turut berlaku ya tak perlu tulis, tapi ada perkara yang baik berlaku... seharusnya bersyukur. =)
 
Bila aku piki dosa2 yang aku buat, macam x setimpal dengan rezeki yang Tuhan bagi kat aku.. apa pun, aku nak bersyukur dulu.... selebihnya, berserah...
 
 
 
  Oh ye.. kalau nak tau papa sape, sila baca entry
 

Wednesday, 8 April 2009

'Bagai daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiapa yang peduli'' 2

.........seketika, Len muhasabah diri. Dia selalu makan nasi tak habis. Dia selalu rasa nasi ketul tuh bukan nasi. Tapi bila tengok orang2 yang berada di hadapan matanya... dia kesal dengan diri sendiri. 'betapa tak bersyukurnya aku'..



Selepas semua orang yang datang habis makan, Len dengan cepat mengangkat pinggan dan gelas2 yang dorang tinggalkan macam tu jer..pada masa yang sama, Len masih mengagihkan air. Sampai di hujung lorong, Len terpandang wajah seorang lelaki muda yang dia kenal (tp x ingat nama). Dia berhenti dan senyum... bertanya khabar. 'khabar baik' jawab pemuda itu. Len memandang ke arah dua lagi sahabatnya yang nampak bingung. Len dengan mesra menyapa ' kawan2?'. Pemuda itu mengangguk. Len duduk dan mula borak..setelah lama berbual, Len akhirnya dapat tau yang rupa2nya lelaki tua yang dah lama x nampak tuh dah dihantar balik ke Sabah...menurutnya, ada sebuah gereja telah menolongnya.. Len berasa sangat lega.. sekurang2nya, lelaki tua itu dah balik...mati pun berkubur. Len beredar menuju ke seorang lelaki mat salleh...Len menegur dan borak2 dengan lelaki tuh.. antara perkataan yang Len ingat dengan jelas ialah 'im 68 years old','i have a big apartment in Subang Jaya',' i stay alone-with my teacher'-----guru saham dia. Dia bawa sudu dan garfu sendiri... Dia kaya tapi kenapa makan bersama dengan orang yang sangat2 miskin????????

Len tertanya2...setelah lama berfikir, Len berpendapat bahawa lelaki tua itu kesunyian dan perlukan teman untuk makan. hmm...... kadang2 orang yang ada kat lorong ni banyak yang menipu sebab malu nak mengaku, ada yang jujur dengan life dia.. dan ada juga yang memang saje nak ambil kesempatan. Let say, lelaki tua itu menipu.....tapi kalau dia tak kaya, dia xkan mampu datang Malaysia pun (dia berasal dari Kanada). Lagipun, lepas tuh, Len ada nampak dia beli barang kat Watson. hmm...???????

Len nampak seorang wanita 40-an sedang mendukung anaknya. Baby tu comel.. Len menuju ke arah wanita itu sambil menyapa ' kenyang x makan tadi?'(xde topik lain sebenarnya).Wanita itu pada mulanya kelihatan segan tapi setelah melihat Len tidak berputus asa, dia akhirnya bercakap banyak+ramah. Len rasa makcik tuh kawen campur.. suami dia lelaki india. Dia nampak macam melayu...no komen. Dia kata, anak2nya tak suka datang lorong ni.. sebab anak dia kata, tempat ni bagi orang yang tak berwawasan. Betul jugak...tapi organisasi yang handle program street feeding nih penah dapat award daripada penjara sebab banyak membantuk banduan 'hidup semula'. Tapi makcik tu kata, dia nak anak dia ambil pengajaran daripada orang2 tua yang ada kat lorong nih...dia kata, dia nampak fenomena kat sini nih macam daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiap yang peduli...hmmm...

Ada sorang tua nih berasal dari Ipoh. Dia kena halau oleh anak2nya.. dia datang ke KL dengan harapan, dia akan dapat cari kerja. Bila sampai KL, persaingan sangat banyak.. gulung tikar. Sekarang dah x larat... late 50s dah.. sekarang dai memang banyak bergantung makanan dengan makanan derma macam nih.. setiap hari, dia pungut apa sahaja yang boleh dijual demi sesuap nasi... dia kata, setiap kali dia bangun pagi dia bersyukur kepada Tuhan kerana masih memberikan dia nyawa untuk hari ini.. dan memberikan dia sesuap nasi untuk hari nih.. ayat ni mengingatkan Len tentang satu ayat dalam Bible ' sedangkan burung di langit pun mendapat makanan yang cukup, inikan pula manusia. Carilah dahulu kerajaan Allah maka semua yang lain akan disediakan bagimu'..



Moral of the story:


  • Apa guna wang yang banyak kalau in the end, makan sorang2, sunyi dan kesepian?Bahagia jauh sekali.

  • Utamakan Tuhan sebelum apa2 sekalipun. Sebab rezeki tu berada di tangan yang maha kuasa.


p/s: Banyak sgt pengajaran+pengalaman yang aku dapat kat lorong tuh untuk ditulis. Tapi untuk hidup aku, masih tak cukup..

BERITA BAIK

burrppp!!!kenyang makan yee mee. masak sendiri jer....emm..
aku dr minggu lepas cam pucat semacam jer pasal thesis sebab takut x sempat nak siapkan.
tapi pg tadi aku menerima khabar yang baik daripada farid. submit thesis postpone pi next friday.Thanks God!!!!!!aku mmg bsyukur sangat2 dapat postpon...huhu..tapi ape pun aku x bley bazir masa. harus meneruskan perjuangan!!!
au revoir!!

Sunday, 5 April 2009

'Bagai daun mati jatuh berguguran ke tanah...lesap tanpa sesiapa yang peduli'' 1

April,4 2009
...dalam ke'tensi'an membuat thesis, Len rasa nak join street feeding setelah sekian lama tak berkunjung. Bukan xnak pi tapi memang tak sempat nak join sebelum nih..hatinya tertanya2 bagaiman khabar orang2 tua dan yang lain di jalan yang sempit itu. Tetapi di jalan yang sempit dan kotor itulah tempat yang paling penuh dengan kasih sayang bagi orang2 yang terpinggir dan semakin dilupakan itu...jalan itu jugaklah tempat orang2 jalanan yang homeless+loveless mendapat makanan yang terbaik bagi mereka dalam seminggu yang memeritkan dan meletihkan. Selepas makan tengah hari, Len bersama 2 orang lagi kawannya naik bus rapid U40 menuju ke pudu raya..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan, banyak kejadian yang dia nampak. Setiba di bandar kajang tuh, sekumpulan budak2 belasan tahun (14-15 tahun) lengkap berpakaian hitam, seluar hitam, dan rambut perang (dye) naik bus..dengan gaya yang tak senonoh, buat bising dan merokok di dalam bus rapid. Perbuatan mereka sungguh tidak bertamadun dan sungguh bodoh...Di hadapan Len, sepasang kekasih(konon) bermesra2an..dorang tuh salah satu daripada budak2 yang entah pape ntah tadi tuh..setiap 10 minit budak p-erempuan tuh membetulkan mekap dan menyikat rambutnya. Lalu kawan2 dia yang lain menyakat pasangan kekasih nih..''jangan kacau sweet couple.Dorang tengah bincang hal rumah tangga''kata salah seorang daripada kawan2 pasangan kekasih tersebut ''dorang bincang nak buat posisi ape malam ni, doggy?''tambah mereka lagi. Sungguh dasyat budak zaman sekarang yer... bawah 15 tahun dan macam2 perangai...Setiba di Kota Raya, Len dan kawan2 bergerak ke lorong yang menjadi lokasi 'street feeding'. Hatinya berdebar2 kerana risau tentang 'kehilangan' jejak salah seorang daripada pengunjung setia tempat tersebut..seorang lelaki tua berumur 50-an buta huruf,berasal dari Sabah tetapi sampai ke semenanjung pada awal tahun 80-an sebab ditipu oleh 'sahabatnya' yang berasal dari Kelantan & Kedah.Menurutnya, 'sahabatnya' itu dulu tinggal kat Sabah..pastu ajak dia datang semenanjung untuk cuba nasib. Tetapi bila dha sampai KL, 'sahabatnya' merompak dia dengan mengambil semua wang+ dokumen peribadinya dan meninggalkan dia tanpa hala tuju kat KL..


Setiba di lokasi tersebut, mata Len laju mencari wajah orang tua malang tersebut. TIDAK ADA..tanpa membuang masa Len mula mengagihkan makanan kepada orang2 di jalanan itu. Apa yan Len perhatikan, orang2 di situ makan dengan sangat laju. Sungguh menakjubkan!! Tak sampai seminit. Betul....bukan tipu nih. Kalau dorang minum air, segelas tuh sekali lau jer then dorang akang angkat 2 gelas serentak as stock ms mkn nasi..Dengan muka yang dah tak mandi selama berapa hari?minggu?bulan?ntah.....rakus merampas semua makanan yang ada dalam tangan Len. Salah satu daripada mereka, ada juga yang merupakan penyanyi jalanan. Dia merenung Len tanpa berkata sepatah kata. ''macam2 orang ada kat sini''kata Len dalam hatinya. Antaranya ;
  • Mak nyah yang sudah tidak laku+tua kering kerepot.
  • Pasangan kekasih muda(lari dari rumah kot), dengan perempuannya sedang mengandung 6 bulan tapi terpaksa mencari makan di lorong sempit dan kotor nih.
  • Pasangan suami isteri mempunyai 9 anak tetapi sewa satu bilik sahaja untuk tidur.
  • Pondan2 muda yang kelihatan seperti orang gila.
  • Apek2 tua yang suka pungut botol mineral kemek kat tepi jalan. Dia pungut, tiup botol kemek tersebut jadi kembung, then mintak Len penuhkan botol tersebut dengan teh o. Len yang terkedu hanya senyum sambil tuang air dan melihat gumpalan tanah yang masih melekat dalam botol mineral tersebut. Seminggu kemudian, Len datang lagi, apek itu masih hidup. Jadi, tidak perlu risau tentang tabiat apek itu.(menurut pengalaman lepas).
  • Orang yang ada HIV+AIDS dan disisihkan oleh keluarga.
  • Nenek tua yang diabaikan oleh keluarganya
  • Lelaki tua yang kaya tetapi makan bersama orang2 yang tidak ada rumah.
  • Orang muda yang malas dan saje nak cari makan free.
  • OKU yang dibuang oleh keluarga
  • Penagih dadah yang masih khayal.
  • Bapok yang dibuang oleh keluarga kerana kawasan sekitarannya x mahu menerima sifatnya.
  • Pemain gitar jalanan.
  • Orang yang lari dari rumah
  • Orang yang putus harapan dalam hidup. Sekarang sudah bersemangat dan jadi salah seorang daripada volunteers untuk tolongorang2 yang ada kat situ.
  • Banduan
  • Perogol
  • Pembunuh
  • Dan banyak lagi...wajah2 murung yang tidak mampu meluahkan sepatah perkataaan...seribu kepahitan yang terpendam..kita boleh memainkan peranan untuk mengetuk hati mereka dan mendengar luahan mereka supaya kemurungan berakhir, fikiran logik mula muncul.

bersambung......

Seorang lelaki yang dahulunya cantik..


Friday, 3 April 2009

malam menggamit memori mencipta kenangan.

malam menggamit memori mencipta kenangan.
2la tema dinner dak kos aku tahun nih. pemakaian lak korporat tapi aku buat gaya keparat dengan buat sesuka hati.xpe..yang penting aku makan dengan banyak.overall makanan dia biasa2 jer...persembahan budak 1st year and 2nd year teruk gak la...persembahan 2rd year jer yang best.huhu..dorang tanya aku nape x perform, jawapan simple..bg peluang kat orang lain jer..huhu..act, aku malas nak layan kalau sound system dia x best..Yang best sebab ktrang duk belah belakang.boleh buatr sesuka hati..ambik gambar byk jer keje ktorg.
xde ape yang sangat menarik pun sbnrnye...after tuh rasa nak pi karaoke lak tp piki masa dan duit..so,x jadi la..balik tido jer...


Wednesday, 1 April 2009

''urgent nih..''

''jumpa saya hari isnin,give me something to read'' kata Dr. Ahmad Abas merangkap penyelia kepada Len. Tapi ntah ape kejadah budak Len tuh x pandai jumpa Dr dia padahal dah hari Rabu. Isnin ada exam. Selasa tetiba ada kuiz. Duh...semua mengejut. Alasan dia masa p FRIM penat, x sempat buat apa dah tertido. Isnin kelas full dari pagi sampai ke malam. Dia penat katanya. Selasa pagi dia bangun awal sebab terganggu ada orang hantar mesej. Tapi ada ekbaikan sebab dia bangun buat assignment tapi akhirnya tak sempat jumpa Dr Abas juga. Selasa malam, dia berjaya mendapatkan SPSS darirakan sekelasnya Farhana. Dia cakap ''terima kasih banyak2'' lalu bagitau semua orang sape nak mintak SPSS mintak dari dia jer...semalam tidur jam 5.30 pg, bangun jam 11 lalu masak mi basah dan meneruskan perjuangan. Dia menaip sampai ke petang. Dia berasa sangat epnat menghadap laptop. Ingin mencari hiburan tetapi semua hiburan berada dalam laptop. " Aku allergic tengok skrin laptop'' katanya. Lalu akhirnya dia mengambil keputusan bermain buih sabun di tepi tingkap...''banyak belon sabun, happy..'' katanya. Selepas itu, dia tengok cerita The 10th Kingdom bersama Fairuz di atas tilam. Selepas itu, dia menaip semula menggunakan laptopnya....''aku lapar dan penat'' katanya sambil memasang niat di hatinya untuk berkerja keras lagi malam ini.