Sunday, 29 March 2009

..SELAMAT TINGGAL..

selamat tinggal kepada fieldwork. Ni merupakan trip aku yang terakhir.. selama 3 tahun duk UKM dah banyak tempat aku pi dan akhirnya aku tiba ke penghujung. Fieldwork terakhir nih juga merupakan fieldwork yang agak mencabar fizikal aku yang tak berapa ok...tapi nyah saja kau sakit.haha...balik telan pain killer banyak2. Pape pun sebenarnya trip kali ni dapat jugak lepaskan tensen aku dengan assignment yang berlambak nih. Terutama skali, thesis. Canopy walk kat FRIM Bukit Kepong memang best. huhu... perjalanan dia mencabar jugak. Daki bukit yang tinggi sampai aku x larat nak amik gambar..eh, bukan tak larat, lupa nak ambil. Huhu... masa pi field aku tertarik dengan satu pokok ni, nama dia Dryobalanops aromatica atau lebih dikenali sebagai 'crown-shyness' atau nama kampungnya, kapur. Daun dia memang sangat menarik. Kecik2 halus2 then bau dia cam mangga. Ntah2 ak salah sebut ape nama dia. hahaha.. masa jalan tuh weng2 jer aku rasa..huhu..yang menarik tentang pokok ni, daun antara dahan dia tak bsambung cam pokok lain yang daun dia overlaping. Yang ni cam cendawan pon aku tengok. Ropenyer pokok pelik2 dalam katun yang aku tengok tuh memang wujud. Hape dah.. tapi dalam katun tu memang banyak yang betol pon. Contohnya, gajah bernenang. Gajah memang berenang pon.. dia selamba jer menyelam kat laut nih..xde la macam aku yang piki dua tiga kali sebelum menyelam..kang tak timbul2 plak kang satu hal xde orang nak update blog nih. Canopy walk dia pon best jugak...selain tuh, aku sempat tengok ikan air tawar paling besar kat dunia Arapaima..giler besaw.sape2 nak tengok search jer la kat google kalau malas nak pi frim.



Kepala binatang2 yang dah kena awet.


Dryobalanops aromatica/ 'crown-shyness'



Pose kat check point canopy walk






Pemandangan dari canopy walk.. mountains shadowed by waving leaves. =p


?????overexcited????





Fungi yang aku jumpa otw turun bukit

Moral post :
Cintailah alam kita -
aku tengok mat saleh jer yang banyak datang layan hutan kita.

Saturday, 28 March 2009

WAJAH BARU

Aku bosan dengan gelap, aku bosan dengan suram. So, aku pon tukar la blog aku punyer 'look'.
tataw ape yang seswai, selepas tukar2 saiz elements dia, cam ade jer yang tak kena tapi aku dah malas nak adjust.Aku bukan hacker yang pro nak edit2 HTML dalam nih.. penat aku carik free template yang x sama dengan org lain tapi tgk2 format yang ader,XML punyer. Bukan HTML...ade format HTML pon x close. Dia x close dia punyer codes..bley jer nak close sendiri tapi aku malas nak tengok format nak close camner..nway, sok aku kene masuk hutan..FRIM mana ntah. Yang aku tau aku naik canopy walk. Whatever la.. yang penting aku harpa banyak benda yang aku bley blajor...

p/s: aku sangat sinonim dengan pembaziran.duh....

UNITED LEMBIK-Alex Fergufcuk.

Terlalu lembik dan belum cukup hebat. Itu reaksi Alex fergufcuk sebaik pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Fulham dalam saingan Liga Perdana England.



Tuesday, 24 March 2009

MENEMPAH *some text missing*

Pada hari ahad yang lalu, aku dan kawan-kawan telah ke kedai sukan SAMSPORT yang ada dekat rumah aku. Dia buat promotion 20% untuk semua barang. Sungguh menarik.
 
Aku teringin nak beli raket tenis tapi harga dia macam mahal jer. Yang murah and ok pun rm240. Tataw la kalau aku yang jahil sangat pasal raket tenis. Tapi cambest jer main tenis nih. Aku ingat nak beli untuk main bila aku dah sehat tapi mahal sangat. Takde duet nak beli. Memandangkan kitorang datang sebenarnyer just nak tengok2, aku pun tataw nak beli ape. Tetiba akak tuh suh member aku beli jumping rope. Dia xnak, tapi aku pulak yang nak. Tapi yang dia offer tuh hodoh dan buruk. Tali biasa yang dapat free masa sekolah rendah dulu. Harga rm 3.00 jer. Lalu, aku pun memberanikan diri bertanya 'ada tak yang digital'? dia awek tu cakap dah habis. Aku dengar slang dia cam kelantan mali munyer jer tapi kerja kat kedai sukan cina. Dia gelak jer memanjang sebab aku dan kawan2 buat lawak bodo..( x perlu explain).
 
Arakian, aku nak jugak jumping rope..dia kata boleh tempah. cam lawak pulak dengar bila dia cakap 'tempah' padahal sebijik/sebatang/setali jer yang aku beli. Whatever la...aku membuat keputusan untuk tempah jer lagipun kedai tuh memang belakang rumah. Petang tadi aku ambil. Comel lak. Kualiti cambest. Tapi warna biru...aku lupa nak pesan warna ape..kalau aku ingat, aku nak warna hitam or merah...papepun, aku harap aku akan gunakan pe yang aku beli tuh..
 
My new jumping rope. Produk body sculpture. Affordable and best. =) [promote 4 healthy life. hahaha...]

Monday, 23 March 2009

::AKu suDaH pandAi::

yeah!!!setelah sekian lama aku mencuba akhirnya aku berjaya jugak akhirnya. Selama aku membesar di rumah nenek aku, aku selalu tengok ape nenek aku buat. Aku cuba meniru perbuatan orang tua itu namun tidak berjaya. Tetapi sekaranga ku sudah pandai. Pandai ape?


hehe...aku dah pandai...jeng3!!!...aku dah pandai pakai sanggul jer..muahaha..xpe, aku memang klasik. Nant aku balik kampung, aku nak tunjuk kat nenek aku yang tersayang bahawa cucunya sudah pandai pakai sanggul. =)
Hasilku.tapi sebab aku amik gambar sendiri and malas amik banyak kali, blurr lak gambar ni. Tapi belasah jer la..

Kegatalan & kepuasan

Sampai sekarang aku masih kegatalan. Sebab aku munyer kaki kene giget pacat masa pi sampling hari tuh. Aku masuk dalam air kejap jer...ala2 mencelup kaki jer. Bukan lama pon..tapi x sangka pacat sempat melekat. Masa duk dalam kete tetibe aku rasa kaki aku basah jer..ropenyer basah dengan darah. Hampeh btol..coz aku lap darah tak berhenti2 ngalir, aku biar je sebab tisu pon dah habis lap kaki jer. Dan2 pulak En.Khairi nak singah makan cendol kat kedai mana ntah..aku dah tak selesa dah tapi nak buat macam mana, dah dia ajak. Lagipun, makan free bukan selalu kan.. =p. Dah duduk kat tempat duduk, darah tuh meleleh2 lak..kesian orang sebelah aku yag terganggu dek darah tuh.
 
Hahaha....dak laki tuh cam mati selera bila tengok darah kat kaki aku..yang aku geramnyer: dah 20 hari berlalu, gatal dia still tak hilang2 tapi bila garu, memang sedap, kepuasan. =D
 
Aku harap ianya tidak akan meninggalkan parut. Aku dah cukup berparut.
Picture taken : 3/3/09

 

Picture taken : 23/3/09
 
 
p/S: Manchester United diayam oleh Fullham. 2-0. Selamat berkabung kepada Julu. Blurry2 Mu..


 


 


 

Friday, 20 March 2009

Minggu yang sibUk

duhh...minggu ini sungguh sibuk.submission thesis dah tinggl seminggu jer lagi. tapi sempat pulak aku keluar pi main bwoling dgn bet yang akhirnya aku kena kutuk sebab tak terer. Hampeh tol! dah la kalah. Pastu aku sakit pulak sebab gi main bowling. Hape dah...tapi salah aku jugak sebenarnyer..lupa yang aku xleh main. huhu...

isnin aku ade kelas sampai jam 9 malam.
selasa aku bermalam kat lab semata2 nak siapkan kerja kat lab. Skrg dah siap 98% lab. Tinggal certain spesies tuh aku tak dapat nak kenalpasti. Tapi xpe la...yang penting aku dah siap sekarang.

Rabu aku rehat.

Khamis rally lagi..hari ni jumaat...aku habiskan kerja lab yang tinggal.

And baru semalam aku taw ada member2 aku yang dah kene 'teman' masa duk dalam lab. Lucky aku tak kena...fuhhh....bersyukur gila. Bakar yang buat skali ngan aku tuh dah kena dah pun...siap nama dia kena panggil. fuhh...seram2...hahah..aku syukur gila dah siap keje and x perlu la bermalam lagi.hehe..skrg aku duk tunggu pensyarah aku balik dr london bhr bley proceed kerja seterusnya.

FOr now, aku ada exam isnin ni. 2 paper terus. so, aku dah kene chow dah. nak study...[konon].


Oh ye, tak lupa juga nak ucapkan kepada Liverpool kerana membelasah Mu dengan baik di Old Trafd..
hahah....sungguh memalukan yer..
tahniah Liverpool!!!!love gerrard....
hehe...ku rindu cumbuan mesramu di kamera. =P

Saturday, 7 March 2009

*le Len Inouie dan ubatnya

aku dah kata aku tak suka ubat. tapi doktor bagi jugak.
ntah...aku buat koleksi jer kot.
Lol...tapi sbb ubat tuh mahal sangat [bagi aku yang sengkek] aku makan la kot.


Tapi yang x boleh kunyah aku x akan makan la. Aku makan yang boleh kunyah jer.. huhu... pastu yang aku nampak cam menarik aku makan. Ade satu ubat nih, untuk saraf punyer nampak comel pulak.

So, aku makan la..kecik jer..siap ade cop yang printed atas ubat tuh. Comel2..nyam3..
pastu yang cecair punyer aku makan la...men teguk jer.
senang cerita. Glup3!


yerks!! mejaku comel

Friday, 6 March 2009

kisah X-ray

huhu...memandangkan aku cuak sangat.aku pon pi klinik jugak semalam. Penat round Kajang cari klinik yang ad x-ray..Tak jumpa-jumpa. Last2 aku pi kat bangi jer...kat Hospital Pakar Az-Zahra. Masuk jer kat bilik doktor, dia pulak bagi salam kat aku.Huhu..[muka aku macam melayu kot]. Haha...doktor tu baik. AKu duduk jer dia tanyer aku sakit ape..aku pon cakap la. Tapi yang tak bestnyer, dia selamba jer selak baju aku, raba belakang [dah memang keje dia kot]. Pastu dia pukul2 nak taw mana sakit. Tumbuk2 yang x tahan tuh.Haha...pastu dia pun cakap. Jom kita X-ray..pastu dia pon suh pembantu dia bawak aku pi kat bilik x-ray. Tak sama dengan biasa, kali ni akak tuh suh aku bukak seluar je...baju and so on x bukak. Dah siap semua tuh, dia refers aku balik kat doktor sebelumnya. Menurut doktor, aku direhatkan selama 6 bulan. Tapi tu semua dah tak bermakna sebab aku dah buat banyak benda sebelum nih. hahahaha...jangan harap aku nak extend.tapi atas nasihat doktor, aku tak pi fieldwork jer la...hahaha....sungguh gembira. Tadi aku baru jer call lecturer aku bgtaw aku x dapat join fieldwork. dia jawab ''kalau camtu xpe la, u bagi saya surat doktor cukup." CESH!!!aku ejr cuak lebih takut dia tak bagi. Ropenyer senang macam tu jer...ape dah..kesimpulannya, aku belum mati lagi. hahaha...[thanks God]. cuma aku perlu berehat lagi. Doktor tuh siap suruh aku cari pakwe buat suruh angkat barang2 aku pulak. Dia suruh cari dalam masa terdekat. Pastu cari yang satu kos. Baru senang nak suruh buat kerja untuk aku. Hahaha...sengal. Tapi aku baek.. aku tak nak susahkan orang [perasan]. So, tak payah pakwe(hamba) tipu2 la...

p/s: aku dapat konker lab coz dorang semua p field.haha..

Thursday, 5 March 2009

Sebulan sudah berlalu..MAC dah pon.

Nampaknyer aku hanya mampu nak update sekali sebulan jer blog aku.aku sendiri pon bukan setakat tak update tapi tak bukak terus. hmm....
 
Feb berlalu cepat giler...aku semakin cuak dengan thesis.banyak benda lagi kena buat. Last weekend aku pi kat kemaman....hari tuh dorang kata datang pi cherating. AKu dengar terus semangat la sebab dah lama tak pi pantai tapi alih2 bila sampai sana, sahkan pantai, pasir pun tak nampak.bengang aku dibuatnyer....dahla panas giler...air nak minom tak cukup..semakin cepat kadar tensi jiwaku naik. Nasib baik seminar buat dalam bilik ada aircond..last week jugak aku buat rally sampling pi ulu langat lepas tuh pi ulu bendul dalam sehari..semua tuh untuk nak amik sampel air untuk BOD.
 
Memandangkan lecturer aku tetibe jer suh aku buat kualiti air yang ikut standard DOE punyer, aku tak berapa ready la sebenarnya...boleh kata aku tataw pape. Aku taw parameter jer tapi reagen menatang semua tuh aku dah lupa..rabu nak sampling, selasa baru mata aku tbukak. Banyak benda lagi yang aku tak prepare.Dengan karenah budak2 master kat lab tuh, aku rasa nak bakar satu fakulti jer biar semua tak boleh buat kerja.hahaha....(aku x buat).
 
Tapi sebab ambil sampel untuk BOD tuh jugak buat belakang aku sakit lagi. sungguh ce**ka di situ yer... maybe sebab angkut 6 kg naik bukit tuh...lagipun dari eksiden hari tuh, tak sampai 3 bulan pun lagi.. hari rabu aku pi sampling, start jam 8 pg, balik dah jam 630 pm. Tak sempat nak ambil data DO awal...pagi khamis baru sambung angkut cooler box dengan 24 botol BOD dengan ais penuh dalam cooler box tuh.nak patah pinggang aku angkat..yang aku geram, bangla buat bangunan tuh tengok jer, x offer tolong angkat pon [aku belom pernah jumpa bangla perempuan di Malaysia].
 
Tapi biler aku dah siap then tunggu member, boleh pulak dia ngorat aku..siap kenyit2 mata. Aku rasa nak simbah asid jer muka bangla tuh...pencemaran perasaan, pemandangan, kehidupan dan alam sekitar betol.
 
Khamis malam, sangat penat..sebab aku terus buat COD and AN hari yang sama...Jumaat pagi bertolak pi Kemaman. Sampai Ahad petang. Isnin aku ada kelas dari jam 9-7pm. Tapi aku sempat buat TSS kejap. Selasa ambil bacaan last DO ngan TSS skali...kemas2 semua,dah siap jer..aku terus rasa sakit. Aku balik jer..aku tido dari jam 8 mlm-9pg. Hahaha..aku ingat nak gi X-ray hari nih tapi cam malas pulak. SOk kena pi pangsun.
 
Hmmm.... Lepas nih, tataw la bila lagi aku bley update....kesimpulannya, last month aku sebok. This month...mest sm jugak nih..huhu... aku gi Pangsun sampai hari isnin. Kalau sempat gi X-ray hari nih, aku pi la yer....sebab aku mimpi semua giugi aku luruh, 2x aku mimpi dalam 1 malam. 2 yg ade perasaan nak gi klinik nih. hahaha....aku angkat laptop pon cam ade jarum kat tulang belakang aku rasa..2la penangannyer yer.. anyway, take care all..=)


Aku masih gemuk seperti yang dahulu.Jangan riso, aku makan banyak even aku sibuk.hahaha....mesti maintain 'comel'. =)