Monday, 5 January 2009

tagged by aimi

-->
Aduh la...buka blog jer dah kena.Tapi xde la huru hara sgt cam aimi harapkn. Memandangkan dia dah cakap ‘please’,aku tak sanggup lak nak kecewakn beliau. =p
List these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog.
* Tell 7 unspectacular quirks on yours.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Link the person who tagged you.
* Leave a comment for each blogger.

1Q - 7 facts about myself

1. aku ada penyakit penggeli yg x bertempat.haha...aku geli nak share minuman dengan orang.aku tak makan roti canai sebab roti canai orang pegang.hee...yerks!!!geli..siap lekat bulu tangan mamak lg.and peluh dia jatuh kat atas roti.ewww...

2. Aku juga tak suka makan ubat sebab aku fobia telan ubat selepas aku tercekik ubat 10 thn yang lepas.ini juga menyebabkan aku fobia nak telan semua benda..yang akhirnya menyebabkan aku tak makan daging.mula2 aku takut tcekik.lama2 aku jd allergic ngan daging lak.tataw la kalau ak memang allergic awl2 lagi or sbb aku yang penakut.haha..sbb tercekik ubat juga aku tak suka makan benda berlainan saiz pada satu masa. Selain itu, tekak aku jg bermasalah disebabkan aku x habiskan antibiotik. antiobiotik terlalu x sedap untuk dikunyah. Kesimpulannya,sore aku tak sedap.haha..

 
3. Aku suka makan 1 by 1..aku xkan makan isi ikan dgn nasi sekali. kalau makan guna tray kat dining dulu, dapat nampak petak2 tu kosong satu demi satu.bukan serentak. Aku makan ayam paling last.biasa sayur yang habis dulu. Aku pun x perasan aku makan cam2 tapi orang lain yang perasan aku makan cam2. Beradab ke tak aku pun tataw..

4. Aku tak suka makan nasi yang berketul. Aku pun tak perasan ‘masalah’aku ni tapi orang lain yang perasan bila aku selalu tak habiskan nasi. Aku rasa aku dah habiskan. Tapi orang lain cakap tak habis lagi. Nasi yang berketul2 tuh bukan nasi. So,aku tak makan la.. kalau nak suruh aku makan, tolong penyekakn untuk aku la...x payah bising2 leter kata aku makan tak habis.

 
5. Nampaknya aku suka bercakap pasal makan. Aku memang suka makan. Aku rasa aku tak cerewet pasal makanan sebab even housemate aku masak daging jer and xde makanan yang aku boleh makan, aku tak merungut pasal aku tak dapat makan pun. Problem aku, so tak perlu la libatkan orang lain kan?or apa pendapat anda?

6. Minuman berais bukanlah pilihan pertama aku. Paling sedap ialah air suam yang mak aku masak kat kampung. Hahaha...pelik tak? Air tu air gunung. Dia masak guna api dalam bekas yang besar terus. Bukan cerek elektrik tuh...ntah la tapi air tu rasa cam manis and harum...padahal air suam jer. Tu jer la minuman yang aku paling suka.

7. Berat badan aku cepat turun. Lagi2 kalau sakit/ tak jaga makan. Tapi aku suka gemuk. Lantak la kalau kene kutuk pun. Hehew...huh...suka betul aku buang masa kat sini.

2Q- 7 unspectacular quirks on me

atas tu jer yang aku rajin nak layan. Aku dah malas..

3Q- Tag 7 ppls

Aku buat tag ni atas permintaan aimi.huhu...untuk tidak mengecewakan beliau, aku buat tapi tak berniat nak meneruskannya...aku buat untuk menjaga hati kawan di tahun baru. Selamat tahun baru semua.

=)

4 comments:

A.i.m.i said...

terima kasih nouie kerana tidak menghampakan aku. setelah ko tulis suma tu, baru aku pasan prangai pelik ko tu. wakakaka.

miSs ShinOsuk3 said...

hahaha...
ayam tu selalu mende last aku makan.
huhu...

Encik H said...

wahhh..7 facts tu memang best..sopan sungguh lagi2 part makan tu..hahaha..

sebenarnya dok cari entry pasal another you..tapi x jumpa..wohoo..pandai men gitar..best2..lagu another you tu pun memang 1 of the best..ever..

Encik H said...

sebenarnya tertarik nak baca entry ni aritu, sebab 'tagged by aimi'..hehehe