Friday, 28 November 2008

Aku rasa aku jahat...

Hmm...selepas aku baca blog someone, ntah..tetiba lak aku rasa aku ni jahat sangat. Aku cakap ikut sedap mulut aku and yang lagi dasyat, masa aku cakap mende tu, aku buat muka tak bersalah jer..pastu aku juga suka cakap lepas dan terlalu berterus terang yang sangat menyakitkan hati dan annoying. Aku rasa,mesti kawan2 aku pernah bleeding sebab terpanah dengan kata2 aku yang tajam sinis lagi celaka. Kadang2 tu aku sedar ape yang aku cakap tu salah tapi mulut aku lancar jer cakap. Mungkin tu salah satu sebab aku selalu tulis blog dan kemudian mendeletenya. Aku terlalu ikut perasaan. Ni la namanya perempuan. Suka mengikut perasaan. Tahu benda tu salah tapi buat jugak.
Tetapi aku juga sedar aku juga manusia biasa. Aku tak mampu nak perfectkan diri aku. Aku berusaha untuk baiki tapi tahan seminggu dua jer aku dah cakap ngarut2 balik..kelemahan aku ni aku cepat terikut cara pertuturan. Tabiat tu xde la berubah tapi any slang or pape yang berkaitan dengan percakapan, aku cepat terikut. Yela,dah namanya perempuan yang sinonim dengan mengumpat tu, mulut tu mmg cepat terikut. Kat rumah aku, x pernah aku sebut celaka. Tapi sejak aku berkawan dengan ramai orang yang mulutnya kurang berbahasa (aku pun xtaw pe ayat yg sesuai), aku rasa mulut aku ni makin teruk. Dahla aku memang suka cakap sesuka hati, tambah dengan mencarut, aku rasa aku mest dah buat sangat ramai orang terasa. Tidak kira yang aku rapat, x rapat, kenal mahupun tak kenal.
Sesungguhnya aku sangat hipokrit di hadapan family aku sebab depan dorang semua perkataan aku sangat tertib. "Gila","celaka",''sial'',"babi",f**k, pu**** semua aku tak pernah keluarkan. Tapi yang ni lanntak je la...aku rasa ramai jer yang hipokrit.
Tapi yang penting aku pun ada niat nak jaga hati kawan tapi pada masa yang sama aku suka bagi ayat yang boleh buat orang bunuh diri. Kadang2 hati aku memberontak dengan diri sendiri. Aku xnak sakitkan hati orang pun jawapan2/respon2 yang aku keluarkan semua menyakitkan hati. Xde niat pun nak sakitkan hati sape2 atau nak malukan sensape. Siapa nak dimalukan? aku pun xnak kalau aku dimalukan. Hmm...kepada sesiapa yang aku penah sakitkan hati tuh, aku memang mintak maaf banyak2 la..aku mengaku aku salah dan aku lemah dari segi bahasa... kalau korang tengok aku buat dono jer bila korang terasa, tu semua lakonan aku jer. Jauh dalam hati aku, aku cuak bila aku dha buat orang terasa sebab aku tataw nak buat apa..nak mintak maaf pun minta maaf tu bukan ubat segalanya. Sedangkan aku sendiri pernah cakap ..


"mentang2 sorry tu free,gunalah bila2 masa dan sebanyak yang mungkin?"
aku sendiri fikir tentang ayat yang aku pernah bagi kat orang tuh..kalau aku buat salah, mampu ke sorry ubati kelukaan yang aku dah buat?atau diri aku sendiri jer yang fikir orang tak akan terima perkataan sorry?

hmmm.....aku terus berfikir..

2 comments:

Mr ShY said...

Hehehe...
Gue rasa gue lah owang pertama yg komen pasal ngko yg bermulut jahat ini...ekekekeke...MMG NGKO BERMULUT JAHAT PUN...ekekekekek...
Sebenarnya gue rasa citer loe nie mcm luahan hati gue gak.. Gue pun cam loe gak,yg herannya dgn org yg rapat ngan gue jer,ngan org yg gue xkenal,punya la berbudi bahasa...(inikah dipanggil sbg hipokrit sbb gue berbahasa bebaik dgn org lain)kadang2 gue rasa mcm loe gak,bersalah sgt sbb gue bantai ckp apa ajer ikut apa ada dlm kepala gue time tu... Itu kalau tgh bengang skit2,kalau tgh time mood baik,gue ok jer...,kalau tgh marah,jgn kata bahasa,segala mak nenek perkataan terkeluar,tapi xder la sampai caci maki org lain asalkan dia xkacau gue...
Paling best biler gue dpt bahasakan operator maxis,celcom,customer service Tesco,Carrefour,Operator maybank,Org2 Pejabat Lawyer...Mmg gue bahasakan cukup2 kalau ada silap dorg (kalau dorg xder silap,gue pun xteringin nak call)...Selalunya gue selitkan bahasa @ lawak2 menyindir,so kalau dorg terasa pun,dorg ketawa gak (dlm hati bengkak jer)... Ada masanya (ikut keadaan) gue rasa patut berbahasa yg sedikit cam kuang ajar kalau dah dorg nie main2 jer,ckp elok2 bkn dorg faham (sbnarnya sengaja buat xfaham)...
Gue rasa bkn sbb loe tu mulut ppuan (kalau mulut lelaki mesti bermisai tebal lak...hahaha),bahasa2 ini secara tidak lansung datangnya dr cara pergaulan kita...sbb gue nie kan jenis suka berckp dgn org,xkira la baru kenal atau dah lama,cepat ramah kata org,jadi dah lama2 terbiasa,lg pun kwn2 gue dr mcm2 negeri,dulu terkejut beruk (camner la rupanya ekk)gak bila dgr cara dorg berckp (stail kuang ajor nie),terasa gak tapi bila dah biasa dgr dan biasakan diri dgn dorg,gue dah tau cara nak bckp dgn dorg...
Kesimpulannya: Bila berckp,kena tgk org,dgn siapa kita sedang bercakap,dorg ckp elok2,kita balas dgn baik2 bahasanya,
bak kata org "Masuk kandang kambeng mengembek,masuk kandang harimau Mengucap"....hahahaha...
Bila gue buat camtu,xder la dorg terasa sgt...
"Mind Your Language"
~Izham's yg baik~ hehehe...

miSs ShinOsuk3 said...

hehew...thanks for the comment bro.
paling bile bcakap dengan orang tua2.
nak cakap 'best giler' pun x dapat.
kena ganti 'seronok sgt2'.
hahaha