Wednesday, 17 December 2008

::..keHiduPan m3lampau..::

selepas kes tiket diselesaikan, akhirnya ak berasa lega..
Thanks God...tapi belum cukup.Masa hari nak bertolak tuh, kereta lak kene block...2 pun dah cukup mbuatkan adrenalinku buat hal tapi yg 2 ak leh cool lagi la..
semua berjalan dengan lancar sehingga la aku sampai kat KK..lucky ak balik ngan bro aku yang duduk kat UPSI. Jadi kami berdua pun tinggal di hotel murah..haha...(2 pun aku nak metion).
Hotel tu selesa jer..toilet dia bersih tahap leh guling2 dalam tuh..besar lak tuh.
puas hati aku mandi setelah penat berjalan2 di KK. Setibanya aku kat kkia, abang aku ajak ekluar jalan2 kat KK jam 1.30. AKu ingatkan dia nak bawa aku jalan-jalan jer..pastu dia cakap dia nak keluar jumpa kawan, ak terus bajet kawan lelaki. Lalu aku pun menukar baju yang lebih sopan. Tapi sangkaan ku meleset.Ropenye dia bawa aku berkenalan dengan awek dia.hahaha.. not bad. cun lak awek dia.. x sesuai dengan abang aku yang x hensem. hahahah..
Aku jalan2 kat kk ni, cm impressed jugak la...sebab shopping complex dia pun hebat jugak.besaw giler...cam mid pun ade.. x sangka lak.. haha...tapi aprt yang x best, aku eksiden.
Menyebabkan aku tak larat angkat berat. nak dukung budak2 tu pun ak rasa nak nagis jer.sahkan nak main tindih2 pulak..rugi x dapat main sukan kegemaran aku bersama budak2.
haha...aku baru pi hospital tadi.nak mintak xray... tapi mesin rosak pulak.tinggal mesin yang biasa2 jer..tak nampak tulang..hmmm...
aku rasa tahun ni memang mencabar dari segi fizikal dan mental la.
huhu...

14.june 2008 =aku terperangkap dalam apartment abang aku yang sedang terbakar.almost die.
14.Dis 2008 =aku dilanggar kereta. k'sedapan' sangat 'menarik'.

Aku tak berdoa supaya beban dikurangkan tapi aku cuma berdoa supaya aku diberikan kekuatan untuk melalui semua ni.

=)

Thursday, 11 December 2008

::..keHampAan m3lampau..::

aku hampa..semalam aku baru jer cakap aku nak balik..pastu abg aku tanya tadi..nak balik ke tak ni?hahaha...aku harap dorang buat lawak.
Ropenye tiket flight tak beli lagi...isk3...aku terkedu. Aku tataw dari mana cerita yang aku tak nak balik. Aku kerja. Celaka betul. So, abang aku pun x beli tiket untuk aku. hampeh3....ni mesti kerja kakak aku ni. Aku dah pesan kat abang aku suh beli tiket 14 ni..and kakak aku cakap abg aku dah beli pun. 2 yang aku selamba jer..abg aku pulak assume benda lain. hmmm....sedih sial aku. Aku baru jer berangan semalam. ='(
ni yang aku bengang ni.. kenapa jadi macam ni pulak??
waaarghhhh!!!!!aku dah cakap awal2 lagi...kalau beli tiket sekarang mau 700...pergi balik dah 1400.macam aku penah kena hari tuh.tak best la..isk3..sedihnyer..
hmm...salah aku ker?aku dah cakap awal2..aku aku kene pi sampling.bukan saje2 nak balik lambat..
kenapa jadi camni?
kenapa jadi camni?
kenapa jadi camni?

Plan cuti ini...

Flight aku 14 ni..balik rumah. hmm...tapi aku cm x rase pape..aku rasa rumah aku cam dekat jer...sbb tu ak x prepare pape..ak x kemas2 lagi..huhu...ntah pape jer aku ni. Bukan x excited nak balik tapi aku rasa nothing dengan jarak tuh...xtaw la sampai mana baru aku rasa jarak tu jauh...adakah aku perlu ke benua lain? ntah la...aku rasa pi mana pun aku tetap akan rasa dekat jer. and nothing yang buat aku risau. Yang buat aku risau, diri aku sendiri jer kot..
tapi sebenarnya aku memang x sabar nak balik rumah.
Banyak benda yang aku rasa nak buat.

Aku buat list pasal benda yang aku nak buat masa cuti nant :-

1.Sampai rumah jer, aku nak g jumpa nenek aku..aku rindu sangat2 kat dia. Aku juga nak jumpa budak2 kecil tuh. aku memang balik sebab rindu sangat kat dorang.

2.Petang nanti aku nak jog naik bukit sambil bawa kamera untuk ambil gambar sunset. Twilight di sebalik gunung memang sgt menarik. Mana tau Gunung Kinabalu tu dah semakin rendah ker, beralih pulak ker..entah ape aku mengarut nih..

3.Aku juga nak bawa anak saudara aku jalan2 kat depan rumah sambil tengok bunga (kalau bunga hidup lagi) and aku nak ajak dorang tanam bunga. Hehew..aku jugak nak gendong Ewie pi sungai. nak bawa dia tengok ikan. waaarghhhh!!!rindu betol aku dengan budak2 tuh..

4.Aku nak makan buat yang pelik kat belakang rumah aku. Aku tataw nama per tapi buah dia masam. Xpe..nant aku ambil gambar buah tu nant. Aku selalu mimpi pasal pokok tuh..haha..

5.Aku nak menang pertandingan badminton dalam family. Hari tuh aunty aku call bagi warning kat aku. Dia nak cabar aku lawan single. Dorang nak tentukan ranking dalam family. Cuak jugak aku dengar sebenarnye. Malu la aku kalau kalah dengan makcik aku yang dah nak dekat 50 tuh..tapi seryes!!dorang tu terel..

6.Sebenarnya aku juga berniat nak lawat kubur ayah aku. Since dia meninggal aku tak ada kekuatan nak datang pi kubur dia. Sampai sekarang aku selalu mimpi yang aku borak2 dengan dia. Mimpi tu buat aku gembira dan kadang2 sedih.

7.Aku nak join dorang main takraw petang2 lak la..hehe...aku harap semua sempat la.

8.Aku nak jumpa adik aku yang duk dengan aunty aku. Aku nak brainwash dia sket. Hahaha....awal2 dah plan nak brainwash ni. Kalau dia tau mau dia tak nak jumpa aku.

9.Aku nak lepak2 kat beranda dengan adik lelaki aku yang bawah aku...and talking about music and so on. tu la topik kitorang. Then aku nak suruh dia nyanyi untuk aku..and aku nak suruh adik lelaki aku yang bongsu men gitar untuk abang dia. Hahaha...nant aku rakam la. :)

10.Aaahhh...banyaknye dalam kepala aku. Macam tak sempat jer nak buat semua. Tapi yang paling penting, aku nak borak ngan mama aku. Aku nak masak untuk dia pulak. Hehew...aku nak jadi anak yang baik.


Memandangkan 2008 hampir berlalu, aku dah pun niat awal-awal....aku berazam untuk menjadi anak yang lebih baik tahun 2009 wlaupun nombor 2009 tu kelihatan hodoh.

Yeah!!!doakan supaya aku dapat borak ngan mama aku.
=)

Monday, 8 December 2008

Family SengaL

Sebenarnya aku tak ada apa2 yang penting untuk ditulis. Tapi rasa nak tulis jugak.
Huhu...paling last aku update blog pun few days ago..apa yang aku buat? sebenarnya aku buang masa tengok movie..
aku dah terpengaruh dengan housemate aku..dia yang start tengok satu citer korea ni.
Aku pun tersuka pulak..title dia BAD FAMILY..aku mula2 nak tengok cerita tuh sebab ada Kim Hee Chul dalam tuh.. tapi last2 aku tersuka the whole cerita tu pulak..kebetulan aku pi bukak akaun tagged memandangkan aku dah terlalu bosan dengan friendster.Facebook lak banyak songeh.best tu best tp lambt sangat...even tenet laju pun loading still lambat. nb aku kot yang slow sgt. hehe... citer ni best sebab jadi macam keluarga sengal aku lak.

cite bad family pasal dorang wujudkan satu fake family untuk sorang budak kecik yang whole family dia dibunuh and then dia lost memory dia. So, untuk dapatkan semula memori dia,fake family diwujudkan. Tapi family sengall aku xde la macam tuh...

Family sengal aku wujud mula2 sekali antara aku dengan bapak angkat aku jer..
papa ni sebenarnya 3 thn je lg tua dari aku. Hari tu aku borak2 pasal personal things dengan dia.
So, keluar topik pasal ayah..dia pun dah xde ayah..tataw la angin apa dia pun nak ambil aku jadi anak angkat a.k.a anak pungut yang dipungut dari buluh betong(tataw betul ke x eja tuh).
Dahla dengan serius dia bahasakan diri dia as 'papa' depan orang ramai..kebetulan pada masa yang sama ada sorang member aku (Gaban) ni konon nak ngorat aku. dia pun gatal nak pangil papa aku as 'papa' jugak..
tapi papa aku xnak dia ni jadi menantu. Hahaha...bila papa kapel,aku automatik dapat mama.
Mama ni selalu nak ignore aku sebab aku ni anak pungut jer..mama rapat dengan room8 aku.
Dia ambil room8 aku ni sebagai anak kutip dia. Papa x suka anak kutip.Dia cakap anak kutip pemalas.
Mama x suka aku sebab aku rejek menantu kegemaran dia (Gaban)...
Mama ada kawan nama Bibi yang akhirnya jadi bibik kitorang.
Mama jugak ada adik yang kitorang panggil as Mak Su (Syaz).
Mak Su ni kononnya ada husban yang kitorg panggil as Pak su.
Kitorang juga ada granny yang single dan comel lagi menggoda. =)
Dan seorang Grandpa yang juga sangat chubby dan comel (Bear).

Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Haha.. tetiba berlaku sumbang mahram dalam keluarga sengal kitorang nih pulak.
Paksu ada affair dengan mama. Lalu papa menceraikan mama menyebabkan keluarga sengal berantakan.
Sekarang, anak kutip telah menjadi Tanggang sebab dia derhaka kepada ibunya.
Aku sebagai anak pungut jer yang bernasib baik sebab aku dipungut oleh papa.
Anak kutip dikutip oleh mama. Sekarang yang tinggal, papa, granny, maksu, anak pungut, anak kutip.
Kitorang memang sedih la jugak sebab family sengal ni hancur. dulu selalu makan sama2..
kalau x cukup korum,semua orang xnak makan. sekarang lagi susah sebab paksu n mama lari bersama..
tapi x kesah la..kitorang memang sengal jadi lantak la dengan mama n paksu.

Yang aku kesal, paksu tu agak ce**^* sebab dia rampas mama daripada papa, then dia manipulate mama sampai mama xnak kawan dengan kitorang dah.bengang ak ngan paksu... tp sebenarnya yang paling kesian ialah mama sebab dia dah tak ada sape2. Mama sakit tenat. Actually dia x sehat tapi dah dia pilih jalan macam tu.
Nak buat mcm mana...kitorang pun x dapat nak paksa dia rapat dengan kitorang balik.
Kitorang dah jadi macam outsiders. Dia siap tuduh kitorang hasut papa ceraikan dia tapi tak pernah cuba bincang dengan kitorang lelok. Kalau dulu, dia sakit jer semua orang datang lawat bawa makanan and jaga dia lelok.

Sekarang, bibik pun menyebelahi papa and bibik pun busy..so tak ada masa sangat nak jaga mama.
Mama perlukan someone ( girl) untuk jaga dia tp nak buat macam mana kalau dia sendiri yang lari dari kitorang...
aku kesian kat mama...dan juga papa...tapi aku xnak dorang rujuk balik dah..sebab mama memang suka mencurangkan diri(hobi dia kot). Tak sesuai untuk papa. Just.....aku nak sekurang2nya kitorang semua berbaik2 semula..
sekurang2nya kitorang dapat makan semeja macam dulu2..dan menyengal bersama2...
tadi aku baru keluar dengan papa..sekali dengan maksu.
makan kek! hehe...
papa sibuk mencari mama baru untuk aku... =p




On my last besday:aku,anak kutip,granny then papa. Mak su amik gambar..



Bukak puasa kat mines,dari kiri : Mak su, mama, anak kutip (tanggang sebab derhaka kepada mama




Mama, anak kutip, anak pungut




Pak Su and Mak Su masa besday Mak SU.




Aku dan Gaban yang menjadi menantu kegemaran mama tapi papa rejek




Anak kutip, mak su and mama bincang pasal baju raya.




Masa pi main bowling sm2 kat mid.




Mama, papa and anak kutip mama..




Sengalers HPs..



Now...no longer exist......

Sunday, 7 December 2008

IF A GIRL CRIES

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.
If u take her hand, she would stay with u for the rest of ur life.
If u let her go, she couldnt go back to being herself anymore.

A gurl won’t cry easily, except in front of the person whom she loves the most, she becomes weak.
A gurl wont cry easily, only when she love u the most, she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,please hold her hands firmly,coz she’s the one who is willing to stay with u 4 for the rest of ur life.
Guys, if a gurl cries bcoz of u, please dont give her up, maybe bcoz of ur decision, u ruin her life.
When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….
Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,
She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,
Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say “im sorry”.
think about it.
“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”

p/s: aku main copy jer nih... =)

Wednesday, 3 December 2008

Akhirnya berjaya..

sebenarnya aku tulis blog ni dah lambat.tapi sebab aku rasa gembira, aku assume aku tengah menulis pada hari kejadian.

Hari ni aku sangat gembira sebab akhirnya dapat ambil sampel untuk Sg. Lui. Sungai Lui terletak ke arah sg.gabai tapi sebenarnya sg.Gabai mengalir masuk ke sungai Lui. Kalau x silap,ada 3 anak sungai yang masuk ke dalam sungai Lui.sebab tu sungai tu cepat naik. Dia siap letak sistem amaran untuk banjir lagi..disebabkan bahagian hilir sungai Lui dalam,kaedah persampelan kitorang tak sesuai, so kena cari hulu sungai Lui baru boleh buat. Nak cari hulu tu bukan main susah lagi sebab kena masuk hutan.Masuk jalan yang sempit sampai la kitorang sampai ke perkampungan orang asli. Orang asli apa aku x sempat nak tanya. Yela..kali ni aku datang bukan dengan niat khidmat masyarakat atau apa2 yang berkaitan dengan kemanusiaan. Aku pernah jugak datang ke kg orang asli tapi sebelum ni untuk tujuan kemanusiaan.Entah betul ke tak istilah aku tuh...'humanity'..So,kat sini aku nak tunjuk sket la gambar yang aku sempat ambil masa aku pi sampling.



Sg.Lui selalu banjir,so kononnya dorang nak korek sungai bg lg dalam.cam x ada perubahan aku tengok kat kawasan sungai ni.



Baju oren tu En.Khairi sebagai pembantu kitorang. Aku memang terhutang budi kat dia sebab tanpa dia, aku memang x tahu nak handle kawasan aku. Gambar aku masa pi sampling dulu ak x dapat lagi. So,x boleh nak tunjuk betapa mencabar tempat aku tuh..kene naik bukit.



Kereta yang banyak berjasa walaupun sangat sakit bumper kalau naik kereta ni.



Aku sampai jer kat Kg.Orang Asli Paya Lebar, aku terus curi2 ambil gambar bunga kat halamn rumah dorang. Tapi selepas tu En.Khairi brainwash aku la..sebok buat kerja lain padahal sampling tak start lagi.









Sorry la...aku x sempat nak ambil gambar pada sudut yang cantik. lagipun aku bukan jurugambar profesional. Ni pun aku dah kene marah dah. Tapi buat muka tak bersalah sudah..







Ni stesen pertama kitorang. Aku tersalah label tuh...dah kena marah dah pun sebab salah label.



Botol BOD yang menyakitkan jiwa.







Jalan kecil dalam hutan..







Ni stesen yang terakhir. Kat stesen ni baru redup sikit. Aku pun x sangka kawasan persampelan kali ni panas. Habis hitam terbakar aku dibuatnya.



I love river... =)



Sampel2 benthos and air aku. =)



Masa dalam perjalanan balik ke rumah, aku nampak satu kedai servis kereta ni masa duk kat traffic light.kedai tu nama OSAKA TYRE SERVICES SDN. BHD. padahal aku rase aku duk kat kajang jer..=p


Hehew...so,sampai sini jer la aku tulis kali ni. Selain daripada penat, ni jer yang aku dapat tulis. =)

Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 29 November 2008

s3kaLi laGi sia2..

Semalam konon nak pi sampling lagi...tetapi akhirnya sia2 jer perjalanan yang menghabiskan minyak kereta tu jer..Lokasi kajian adalah Sg Lui tapi dah 2x pi kat sungai tu, sentiasa banjir jer memanjang. Baru sekarang kitorg perasan yang sungai tu memang selalu banjir and keruh. So, payah nak ambil sample. Kali ni pun pi 3 orang gak..sepanjang perjalanan aku bosan sebab aku sorang jer perempuan. Duk guling2 kat sit belakang jer...dorang kat depan bukak topik yang aku x reti nak masuk. Cerita pasal highway la..mende pe ntah semua. Aku x slahkan dorang pun..saje2 nak merungut sebab bosan. Ha3..bodo x aku? (mesti korang x sampai hati nak kata ye wpun hati mengatakan YA). Oleh sebab sungai tu xleh pakai,operasi mencari sungai baru bermula.macam2 sungai kitorang lalu.. aku nampak Sg.Tekala, Sg.Congkak,Sg Semungkis and banyak lg..termasuklah sungai Lui.huhu...keje aku yang kebosanan kat belakang tuh duk tekan2 GPS jer ngan men kamera enset, dgr mp3...san akhir sekali, aku mendapati pe yang aku tulis dalm blog ni pun sesunggunya sangat membosankan dan tidak mempunyai sebarang nilai2 murni yang boleh diteladani. Semuanya cumalah luahan perasaan aku semata2..maaf kerana membuang masa anda yang sangat berharga itu dengan membaca blog yang tidak bermakna ini. Sabar la yer....sabar itu separuh daripada iman...kurang2 dapt gak belajar bersabar kan?
hehe..



Hmm...ni la yang aku buat untuk hilangkan bosan. segitiga warna hitam 2 arrow tunjuk arah pergerakan kitorang.





Sg Lui yang keruh n banjir.



Ni sungai congkak. Keruh+Laju gak...

Friday, 28 November 2008

Aku rasa aku jahat...

Hmm...selepas aku baca blog someone, ntah..tetiba lak aku rasa aku ni jahat sangat. Aku cakap ikut sedap mulut aku and yang lagi dasyat, masa aku cakap mende tu, aku buat muka tak bersalah jer..pastu aku juga suka cakap lepas dan terlalu berterus terang yang sangat menyakitkan hati dan annoying. Aku rasa,mesti kawan2 aku pernah bleeding sebab terpanah dengan kata2 aku yang tajam sinis lagi celaka. Kadang2 tu aku sedar ape yang aku cakap tu salah tapi mulut aku lancar jer cakap. Mungkin tu salah satu sebab aku selalu tulis blog dan kemudian mendeletenya. Aku terlalu ikut perasaan. Ni la namanya perempuan. Suka mengikut perasaan. Tahu benda tu salah tapi buat jugak.
Tetapi aku juga sedar aku juga manusia biasa. Aku tak mampu nak perfectkan diri aku. Aku berusaha untuk baiki tapi tahan seminggu dua jer aku dah cakap ngarut2 balik..kelemahan aku ni aku cepat terikut cara pertuturan. Tabiat tu xde la berubah tapi any slang or pape yang berkaitan dengan percakapan, aku cepat terikut. Yela,dah namanya perempuan yang sinonim dengan mengumpat tu, mulut tu mmg cepat terikut. Kat rumah aku, x pernah aku sebut celaka. Tapi sejak aku berkawan dengan ramai orang yang mulutnya kurang berbahasa (aku pun xtaw pe ayat yg sesuai), aku rasa mulut aku ni makin teruk. Dahla aku memang suka cakap sesuka hati, tambah dengan mencarut, aku rasa aku mest dah buat sangat ramai orang terasa. Tidak kira yang aku rapat, x rapat, kenal mahupun tak kenal.
Sesungguhnya aku sangat hipokrit di hadapan family aku sebab depan dorang semua perkataan aku sangat tertib. "Gila","celaka",''sial'',"babi",f**k, pu**** semua aku tak pernah keluarkan. Tapi yang ni lanntak je la...aku rasa ramai jer yang hipokrit.
Tapi yang penting aku pun ada niat nak jaga hati kawan tapi pada masa yang sama aku suka bagi ayat yang boleh buat orang bunuh diri. Kadang2 hati aku memberontak dengan diri sendiri. Aku xnak sakitkan hati orang pun jawapan2/respon2 yang aku keluarkan semua menyakitkan hati. Xde niat pun nak sakitkan hati sape2 atau nak malukan sensape. Siapa nak dimalukan? aku pun xnak kalau aku dimalukan. Hmm...kepada sesiapa yang aku penah sakitkan hati tuh, aku memang mintak maaf banyak2 la..aku mengaku aku salah dan aku lemah dari segi bahasa... kalau korang tengok aku buat dono jer bila korang terasa, tu semua lakonan aku jer. Jauh dalam hati aku, aku cuak bila aku dha buat orang terasa sebab aku tataw nak buat apa..nak mintak maaf pun minta maaf tu bukan ubat segalanya. Sedangkan aku sendiri pernah cakap ..


"mentang2 sorry tu free,gunalah bila2 masa dan sebanyak yang mungkin?"
aku sendiri fikir tentang ayat yang aku pernah bagi kat orang tuh..kalau aku buat salah, mampu ke sorry ubati kelukaan yang aku dah buat?atau diri aku sendiri jer yang fikir orang tak akan terima perkataan sorry?

hmmm.....aku terus berfikir..

Wednesday, 26 November 2008

aku m3mang b3rsALaH

Hari ni aku bangun dengan begitu lambat sekali menyebabkan hari aku telah dibazirkan dengan begitu sahaja. Tapi yang lagi tak best, aku telah mengecewakan member sendiri. Member aku baru balik dari kelantan. So dia turun kat hentian Kajang. Dia dah pesan awal2..bila dia dah sampai nanti dia nak aku temankan dia pi breakfast sementara menunggu ella datang menjemputnya. Memandangkan rumah aku duk hentian jer, senang la aku nak datang. Kesian gak dia tunggu sorang2 pagi2 buta. Dahla hentian ni xde ape... yang ada kedai mamak 24 hours je berlambak. Xde shopping kompleks mahupun tamn permainan untuk sesiapa bermain buaian mahupun kejar2 anjing atau bermain bola. Sungguh teruk tempat ku ini. Sebaiknya, jangan tinggal di sini jika anda sudah berkeluarga. Sila sampaikan pesanan aku kepada ganja dan elin. Kalu dah kawen nanti, jangan duduk kat kajang. Hahaha...aku meneruskan cerita.

Pada waktu malan, aku biasanya akan silent hp + vibrate pun off atau aku slowkan volume. Semalam aku slowkan volume. Apabila si polan2 tu call aku suh bangun datang teman dia, aku cuma angkat dan sambung berdengkur. Apabila aku aku bangun pada jam 12 tgh hari, aku mendapati ada 33 miskol. Aku sesungguhnya berasa sangat bersalah kerana membiarkan member aku menunggu dengan begitu lama. Dari 4++ pg dia dah start call sampai 7++ pagi. Aku sungguh tidak baik terhadap member aku yang berasa dalam kesedihan lagi kebosanan yang melampau. Kepada yang berkenaan, aku mintak maaf banyak2 sebab tak bangun. Aku memang benci tidur aku kene kacau. Tapi aku tak berniat xnak teman. aduh....Tadi fairuz balik banting.

Dia call aku, tanya aku nak tak member Alex? sbb Alex dah xde dalam stok..aku jawab ye. Tidak mengapa. Sekurang2nya aku dapat mengubati kekecewaan aku tidak dapat memiliki Alex walaupun tidak teubat sepenuhnya.. Hajatku untuk memiliki Alex sudah pasti tidak akan tercapai.


p/s: aku x sabar nak pakai member Alex.

Tuesday, 25 November 2008

Grrrrr~

Semalam aku penat gila...sampling 3 orang jer.. nasib baik aku wat muka malas. Hahaha.. xde la...patut pi 5 orang ni pi 3 orang jer..aku bengang gak sebenarnya. Masa nak wat kerja untuk 'someone' tu kitorang bukan main lagi..kitorang siap dahulukan pi sampling tempat orang tu. Pastu bila orang tu punya dah siap dia dah malas nak tolong kitorang. Masa pi sampling tempat aku pun dia dah bising-bising cakap penat. Sekarang lagi teruk, terus tak datang tolong langsungs. So d**n F**king selfish. Alasan dia family matter padahal macam la aku ni bodoh sangat. Memang la dia ada prob tapi jangan sampai all the time gunakan orang lain. Aku dah masak dengan perangai dia tuh.. memang suka gunakan orang lain.
 
Simple things dia complicatedkan. Sampai lecturer aku sendiri pun cakap dia tak suka orang tu. Dia kata orang tu PROBLEMATIK. Huh...dahla cakaop tak serupa bikin. Hmm.. semalam aku pi aku sorang jer pompuan. hee... bosan. Aku dah usaha lari daripada dia tapi in the end sama2 jugak..bengang aku...semalam dahla tak cukup tidur (salah aku gak). Hmmm.. petang bila aku dah balik rumah, aku teringat sumting. Aku nak alex... singa yang jual kat McD tuh.. aku dengan fairuz memang dah tunggu lama nak beli cekak rambut singa tuh tapi masa kitorang pi hari tuh dia tak jual lagi. Dorang jual alex 20-26 Nov. Walaupun aku penat giler dengan mata panda dah, aku tetap kuatkan semangat nak g. So, aku ngan fairuz pun pi kat McD PKNS. on the way tuh, kitorang accident pulak. Waduh....gampang banget sih!!! langgar naza. Aku rasa sikit jer kot yang kena tuh..tak la banyak sangat tapi terkejut la jugak. Hilang kontol cun aku jap dalam kereta. Haha.. nasib baik dapat diselesaikan dengan cara yang profesional gitu ya.. Aku and fairuz pun meneruskan perjalanan ke arah McD PKNS bangi. Masa keluar dari kereta, kereta x boleh nak lock la pulak.. huh!!!banyak betul problem. Tapi lantak la.. bila kitorang sampai kat kaunter, tanya pasal ALEX tuh, ropenye doarang tak jual kat cawangan nih. Aku & fairuz pun pi kat McD lain. McD kat bangi lama. Tapi bila malangnya kat sana pun tara ada juga....waaaaarghhh!!!! sungguh kecewa! sungguh hampa! sungguh sedih! aku nak Alex tuh.. comel sangat2... hurmm =(
akhirnya aku balik rumah dengan tangan kosong dan hati yang hampa. Dan kepala pusing memikirkan kereta yang telah dilanggar. Aku tanya Cheme... kalau nak cat kereta tuh harga berapa...dia jawab 3,500 luar sahaja. huhu..lalu aku pun tidur sampai lebam.
 

 

 
YSI560 Multiparameter untuk analisis in-situ air.
 
 
 
 
Sampel air untuk Sg. Gabai stesen 4.
 
 
 
 
Bila dah sampai rumah, baru aku perasan aku telah diSUCK pacat. d**n sucker. darah tu payah nak berhenti sebab dia buat lubang besar sangat kat kulit aku. ape da...
 
 
p/s : ropenyer aku tersalah lokasi. sebelum ni aku cakap aku sampling kat Sg Loi and Sg Langat. Both salah...yang sebetulnya : Sungai Lui & Sungai Gabai. Aku nak ambil gambar air terjun Sungai Gabai. Menarik tapi tak sempat. =[

 

Sunday, 23 November 2008

Apa yang aku suka!!?~

hmm....aku suka jd geek.haha...iye la sangat..
 
hmm..patut ak kena gi sampling 1 Dec nanti tapi tadi tetiba pulak ada orang inform kena p esok.haih...sakit gak...pi sampling bukan senang..penat redah air.. mujur esok dekat jer..kena pi kat Sg Yoi and Sungai Langat jer..kalau tak, nangis aku..huhu..ntah la..aku dah plan nak siapkan chapter 2 untuk thesis tapi sampai sekarang tak sambung2 pun lagi..lab pulak ada problem sia-sia la aku stay kalau camni..tapi kalau tak stay pun tak senang duduk gak. hmm.. xpe la.. selasa nanti aku pi library la..huhuw..emm..aku suka komik and majalah..dulu aku suka kumpul figura watak komik tuh..tapi mahal pun iye..pastu bila nak berpisah dengan member2, dorang kebas semua...xpe la..member2 punya pasal..huhu..tp xpe..minat aku kat komik tak berkurang dari dulu sampai sekarang..



Ni la namanye sampling..cari benthos dalam ayaq. Ianya seronok dan membosankan. :p



Ni komik2 yang ada kat rumah...pengubat hati yang lara masa tensen2. Star Post tu menarik gak cite dia..kalau nak citer sume, banyak sangat la kot..



CLEOs...yang jadi sumber maklumat untuk bershopping.haha...dalam ni senang nak cari tempat best2..tapi sejak kebelakangan ni ak dah tak layan sangat coz fesyen dia dalam ni lambat sangat nak gerak..



Aku suka tengok bear tuh. Tapi bear aku xde la banyak sangat memandangkan aku ni gadis yang baik sebab setia kepada yang satu dan tidak mengikis lelaki (hahaha....sengal puji diri sendiri). So, aku beli teddy sendiri and kadang2 aku bosan sebab aku rasa teddy tu menyemak dan tidak bermakna bila aku beli sendiri. Tapi masa aku tensen ada teddy sonok gak sebab bolehla aku pijak2 semua teddy 2 kalau aku dah naik bengang dan 'short circuit'.

Aku juga suka melayan guitar aku yang gedabaq tuh...member aku cakap guitar tu besar sangat untuk aku tapi aku rasa bunyi dia best. So, aku kesah ape?huhu.. aku dulu punya cuak masa abang aku mula2 nampak guitar tuh..aku takut dia gelakkan aku sebab eksen beli guitar padahal tak terer langsung. Jadi bahan gelak jer depan abang2 aku. Tapi bila dia nampak dia tak cakap pape pon. Dia siap puji aku dah pandai pilih guitar.Haha....gembira aku. Terima kasih atas pujian itu ye (dalam blog jer aku cakap cmni.depan dia jgn harap la..so, aku kena pastikan dia x baca blog aku).Hahaha...teruk betul adik macam aku nih..haha..lantak la..tapi kepada sesiapa yang ada terbaca blog ni dan kenal abang aku, aku merayu tolong jangan report. Sesungguhnya anda adalah orang yang paling budiman jika anda sudi menolong orang macam SAYA. =p



And....aku juga manusia biasa. aku gadis biasa yang gila shopping tapi sejak aku tengok almari aku dah penuh dan aku tak beli rumah lagi untuk sumbat barang2 aku, aku terpaksa menahan diri daripada membeli barang2 tersebut. huhu... aku memikirkan untuk belajar dan menjadi kaya serta beli rumah dengan duit aku sendiri baru la aku buang duit beli banyak2 baju. Lagipun banyak baju yang aku beli tapi tak pakai pun. Alih2 aku pakai baju yang dah buruk tu juga sebab selesa. Jadi, satu pembaziran berlaku di situ yer..huhu..Jadi aku telah memasang niat untuk menjadi seorang yang lebih sederhana dan lebih berjimat sebab aku ni tak kerja lagi. Aku rasa aku dah besar pulak, so naik segan duk habiskan duit abang aku jer walaupun dia tak pernah berkira pasal duit. haha.. aku semakin berotak sekarang. =p yeah..go geek go!!!!Tapi aku minat barcelona...so, fail geek aku..haha..aku tengok fesyen Super Junior cambest jer....aku berkenan tapi aku kan nak jadi budak baek..so, buang jauh2 la aku punye keinginan tu. Orang kata, utamakan keperluan daripada kemahuan. :p
Sama2 la kita muhasabah diri yer.. =)



Look at their attires. Fahion ni cam smart jer..hehew...look at those scarfs.
Ngee...saje jer.. :)

dan apabila aku homesick

dan apabila aku homesick...aku mula teringat tentang rumah aku..kawasan rumah aku..pemandangan kat rumah aku..udara segar kat rumah aku..bukan macam udara kat kajang ni..any simple things yang ada kat rumah..haih..dah lama sangat dah aku x balik nih..so, untuk menghilangkan sedikit kehomesickan aku nih, aku pun tulis blog.. tapi xnak letak banyak..nak letak pics banyak-banyak..so, theres nothing i have to write coz pictures can tell thousands bla..bla..bla..1st sekali...i do really2 miss my home..my nieces..my cousins..those kids..so damn. I miss them so much..




This kid called iwie (via evany) and they use to call me uwie but iwie call me owey..haha...so cute.



This is ibie (evy pronylla) and she use to call me kakak owey too..pelat.hehe..



fanny yang aku suka buli-tampal double tape kat muka dia.hahah..



My brothers yang bawah aku.. qiniq(depan) and max..




My brothers with their guitars and bla..bla..bla...



Late night BBQ with guitars and laughters..and the smokes...fog..and so cold but warm feeling. =]



Caution!!!its delicious...hik3..



Bunga depan rumah yang aku sangat suka...aku suka bawa iwie jalan-jalan kat taman bunga depan rumah..dia suka cium bau bunga.Tapi kalau aku bagi dia cium bunga tahi ayam, dia nangis. heran aku.. =p



Twilight in the evening...a scenery that u can see...and enjoy.



My favourite vanilla sky in the evening. I love them so much...




Mount kinabalu behind the clouds in the shadow of the twilight...i love watching the sunset with smiles on my face =]




What a wonderfull evening...i wish i can snap a picture in the morning but...selalu bangun lambat la..sejuk sgt.sedap tidur..hehe..





My home...can u see that? dengan background banjaran gunung kinabalu..hehe...petang2 aku suka g joging dgn adik aku.Joging naik bukit pastu tengok sunset sambil ambil gambar.pastu masa nak turun bukit slow-slow la.masa nak naik bukit kena naik cepat coz nant x sempat tengok sunset.yaargghh!!!nak baliiik...waa..isk3..




and.....my HOME...tempat aku lepak dari pagi sampai petang.

Semuanya aku rindu..petang2 main basikal dengan budak2..then main badminton kat depan rumah sampai tengah malam. Then BBQ bila2 masa kalau nak..pastu petang2..kalau blackout, xde ape leh buat.. so, aku ske dengar abang2 aku men guitar akuistik..kat rumah ada 3 guitar..so, leh combine..and my bro (qiniq) have such a lovely nice voice.. biasa aku jadi 2nd voice/ 3rd voice... combine aku and adik aku and abang aku...waa...aku rindu la...homesick3..and sometimes i just love to hear my brothers men guitar sambil nyanyi.. aku x pernah puji sore dia depan dia.. tapi sebenarnya aku suka dengar dia nyanyi lagu You're beautiful sambil main gitar.. kadang2 untung gak rasa dapat dgr orang main guitar lagu tu sebijik sama lively...live depan aku. Sore dia xde la sebijik macam james blunt tapi guitar dia tu sebijik dah...dengan lagu macam tu sambil tengok sunset..and cold..
hmmm..truly miss being home. :'(